Nak tahu tentang pelaburan emas UOB? Pada masa ini, UOB menawarkan peluang membeli dan menjual emas melalui aplikasi Hellogold.
Semasa mula-mula beroperasi, anda boleh melihat harga beli dan harga jual emas di aplikasi Hellogold tanpa perlu mendaftar. Namun, sekarang anda perlu mendaftar dahulu sebelum boleh explore apa yang ditawarkannya.
Nampak macam ada sesuatu yang disembunyikan… hmm
Tak mengapa, anda boleh baca seterusnya mengenai pelaburan emas Hellogold oleh UOB.
Sebelum anda mula nak melabur emas di UOB, mari kita sama-sama lihat apakah ciri-ciri pelaburan emas di UOB lebih baik atau tidak berbanding dengan pelaburan emas di bank-bank lain di Malaysia. Di samping itu, adakah UOB Gold Investment Account menawarkan pelaburan emas yang patuh syariah iaitu halal atau haram?
UOB adalah singkatan bagi United Overseas Bank memang mempunyai Gold Investment Accounts. Apabila saya ke laman web UOB di http://www1.uob.com.my/business/GMIM/GMIM_pga.html saya dapati terdapat dua (2) jenis akaun pelaburan emas yang ditawarkan kepada pelanggan UOB.
- Premier Gold Account (PGA)
- Gold Savings Account (GSA)
Sekarang mari kita lihat perbezaan antara kedua-dua akaun emas tersebut. Pada bahagian bawah laman web UOB tu, anda akan dapati kenyataan di bawah ‘At A Glance’ yang menyatakan kedua-dua akaun pelaburan emas PGA dan GSA di UOB adalah berasaskan emas kertas sahaja (a statement-based gold investment account) bertujuan untuk memudahkan pelabur supaya tidak susah-susah menyimpan emas masing-masing.
Seterusnya, dinyatakan bahawa jenis emas yang dilaburkan adalah daripada jenis emas 999 dengan berat 1 kilogram untuk akaun PGA manakala untuk akaun GSA dimulakan dengan 20g emas dan boleh ditambah dengan gandaan 5g setiap transaksi. Minima simpanan emas di PGA ialah 1kg dan di GSA ialah 10g. Sekiranya rendah daripada itu akan dikenakan caj RM2.00 sebulan. Namun, jika kita lihat pada kadar spread atau susutnilai emas yang diniagakan memang terendah berbanding bank-bank lain iaitu sekitar 1.1% (1kg emas) dan 1.53% (1gm emas).
Anda boleh tukar akaun pelaburan emas anda dengan emas fizikal tetapi dengan upah atau fi yang tidak berapa jelas dan juga tertakluk kepada kelulusan permohonan.. aduhai.. pada saya memang tak seronok nak melabur di bank dengan syarat-syarat kabur begini.
Laman web UOB ada menyediakan link untuk melihat helaian mengenai produk yang ditawarkan, namun apabila diklik… muka 404 yang tidak boleh dijumpai. (Amat tidak profesional apabila laman web rasmi sebuah bank yang mempunyai laman 404 yang tidak dijumpai ni).
Bank tetap bank… Anda perlu sedar perkara yang paling tak seronok bila berurusan dengan bank ialah:
- Kena pergi bank dulu
- Kebanyakan syarat yang ketat dan selalunya terdapat syarat yang ‘hidden’ (janji manis masa nak buka akaun, tapi bila ada apa-apa problem punyalah lambat dan susah nak settle)
- Mereka (kesemua bank termasuk BNM) akan tahu status kewangan anda
seperti yang dah saya cerita di Pelaburan Emas Kijang Emas
Akhirnya, seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal.
Nak tanya…saya berminat nak mulakan pelaburan emas. Saya seorang OKU yg susah nak keluar dari rumah. Bolehkah saya sertai bisnes pelaburan ini? Saya tinggal di Subang.
Tiada masalah. Yg penting tuan ada kad pengenalan dan alamat rumah serta nombor telefon. Insya Allah boleh melabur dalam program GAP semudah 1 2 3 tanpa keluar rumah.