Pelaburan Emas Sebagai Dana Persaraan Bagi Penjawat Awam

Wajarkah pelaburan emas dijadikan sebagai dana persaraan bagi penjawat awam seterusnya capai matlamat kebebasan kewangan? Bolehkah emas dijadikan alat untuk menyimpan kekayaan? Bila ditanya kepada penjawat awam…

“Apa nak risau? Saya kan dah pilih untuk menerima pencen kerajaan…”

Anonymous (Penjawat awam)
Pelaburan Emas - Dana persaraan perlu dikumpul seawal terima gaji.
Dana persaraan perlu dikumpul seawal terima gaji.

Oleh yang demikian, memang tak dapat dinafikan, penjawat awam memiliki kelebihan berbanding pekerja swasta. Ini adalah kerana penjawat awam mempunyai skim pencen apabila mencapai usia persaraan. Rata-rata penjawat awam memilih untuk bersara pada usia 60 tahun. Ada juga yang memilih usia pencen 55 tahun. Tapi tak seramai 60 tahun.

Tempoh Melabur Emas Sesuai Dengan Tempoh Pencen

Jika seseorang penjawat awam mula berkhidmat pada usia 25 tahun, dan pencen pada usia 60 tahun, bermakna tempoh perkhidmatan mencecah hingga 35 tahun!

Seterusnya, pencen yang diterima selepas usia persaraan boleh dikira anggaran kasar jumlah duit pencen dan ganjaran menggunakan kalkulator Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang disediakan di laman web di Pengiraan Anggaran Pencen.

Kebiasaannya penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 30 tahun boleh merasai ganjaran persaraan mencecah enam angka! Ya! Ratus ribu.

Jadi… apa nak risau kan? Kenapa nak melabur emas pula untuk dana persaraan?

Disebabkan percaya dengan skim pencen dan rasa selesa inilah kebanyakan penjawat awam tidak mempunyai tabungan yang sepatutnya mencukupi semasa pencen nanti. Malah ada yang terpaksa mencari kerja untuk menyara hidup walaupun dalam keadaan tubuh badan dan kesihatan yang semakin uzur.

Oleh itu, pelaburan untuk dana persaraan adalah keputusan yang penting dalam merancang masa depan kewangan sebagai penjawat awam. Di antara pelbagai pilihan, pelaburan dalam emas telah muncul sebagai pilihan yang menarik, terutama bagi penjawat awam. Di sini kita akan meneroka manfaat pelaburan dalam emas sebagai dana persaraan untuk golongan penjawat awam.

1. Melabur Emas Perlindungan Terhadap Ketidakstabilan Pasaran

Pertama-tama, emas dikenal pasti sebagai aset yang mantap dan mampu melindungi nilai harta dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. Ketika pasaran saham dan mata wang mengalami fluktuasi, emas cenderung mengekalkan nilai intrinsiknya. Ini memberikan perlindungan tambahan terhadap risiko pasaran yang mungkin mempengaruhi pelaburan tradisional.

2. Pelaburan Emas Penambah Kepelbagaian Pelaburan

Dengan kata lain, memiliki pelbagai pelaburan adalah kunci untuk mengurangkan risiko. Pelaburan dalam emas memberikan penjawat awam peluang untuk memperluaskan portfolio mereka di luar aset konvensional seperti saham dan bon. Dengan menyertakan emas dalam portfolio, penjawat awam dapat meningkatkan ketahanan mereka terhadap perubahan ekonomi global.

3. Kestabilan Nilai Semasa dan Masa Depan

Berdasarkan sejarah, emas telah menunjukkan kecenderungan untuk mengekalkan nilai beliannya sepanjang masa. Ini bermakna, walaupun terdapat fluktuasi harga, emas cenderung meningkat seiring dengan inflasi. Untuk penjawat awam yang mencari pelaburan jangka panjang, melabur emas mungkin menjadi pilihan yang bijak untuk mengekalkan daya beli dana persaraan mereka.

4. Keupayaan untuk Mengatasi Krisis Kewangan

Emas sering dianggap sebagai perlindungan semasa krisis kewangan. Sebagai contoh, semasa kemelesetan ekonomi atau kejatuhan pasaran, harga emas cenderung meningkat kerana pelabur mencari aset yang lebih selamat. Ini membuat emas menjadi pilihan yang berpotensi menguntungkan bagi penjawat awam yang ingin menjaga dana persaraan mereka semasa keadaan ekonomi tidak menentu.

5. Kedudukan Emas sebagai “Nilai Sebenar”

Emas sering dianggap sebagai “nilai sebenar” atau aset yang mempunyai nilai intrinsik. Berbanding dengan beberapa bentuk pelaburan yang mungkin bergantung pada faktor-faktor luaran seperti prestasi syarikat, harga emas cenderung dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan kestabilan global. Ini menjadikan emas lebih bersifat tanggungjawab dan kurang terdedah kepada manipulasi pasaran.

Risiko Pelaburan Emas Versus Duit Pencen Penjawat Awam

Sebenarnya, kedua-dua pelaburan emas dan duit pencen sebagai dana persaraan penjawat awam ada risikonya. Cuma perbandingan risiko di antara kedua-duanya ada perbezaan yang agak ketara.

  • Risiko No. 1 – Walaupun duit dan ganjaran pencen penjawat awam boleh mencecah hingga enam angka bila mencecah usia bersara… harta tersebut hanyalah dalam bentuk duit kertas yang dimakan inflasi dari tahun ke tahun! Kekuatan nilainya tidak sama untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.
  • Risiko No. 2 – Dasar pencen kerajaan berkemungkinan akan berubah pada masa akan datang apabila ekonomi negara tidak stabil.
  • Risiko No. 3 – Pesara kerajaan merupakan golongan yang paling ramai menjadi mangsa “scammer” yang bijak memerangkap dan memperdaya dengan pelbagai helah agar pesara kerajaan melabur dalam skim cepat kaya (yang sebenarnya skim cepat lingkup!)

Mengapa boleh jadi sampai begitu? Okay baiklah…

Contoh Inflasi Penyebab Krisis Matawang

Melabur Emas - Krisis matawang Greece

Sebagai contoh, Negara Greece telah mengalami krisis matawang dan kemerosotan ekonomi sehingga memaksa kerajaan mereka melaksanakan dasar penjimatan negara yang menyebabkan:

  • Peningkatan nilai hartanah dan kadar cukai yang tinggi
  • Pengeluaran wang dari bank dikawal ketat
  • Penetapan had pengeluaran duit sebulan bagi pekerja awam
  • Pemotongan elaun dan pemansuhan bonus bagi pekerja awam

Oleh itu, jatuhnya ekonomi negara Greece adalah kerana sistem pentadbiran yang tidak efisien, salah urus tadbir negara dan tipu angka ekonomi di dalam laporan kewangan.

Selain itu, isu yang lebih menyedihkan bila nilai matawang Greece jatuh. Golongan pesara di Greece terpaksa kembali bekerja kerana kerajaan Greece telah menghadkan pengeluaran wang persaraan mereka setiap bulan.

Disinilah pentingnya kita mempelbagaikan simpanan harta dan aset kita dan tidak hanya bergantung pada wang fiat semata-mata. Wang fiat hakikatnya tidak bernilai. Nilainya ditentukan oleh jaminan kerajaan dan kuasa ekonomi ketika itu. 

Emas pula nilainya berdiri dengan sendiri. Tidak kira ekonomi dan negara mana kita berada, emas akan kekal relevan dan bernilai. Sekiranya kita secara berdikit menukar duit kekayaan kepada bentuk pelaburan emas, keadaan mungkin akan menjadi berbeza bukan?

Sebagai contoh, pasangan suami isteri berkahwn pada usia 25 tahun.

Suami daftar akaun emas GAP, menabung 1 gram sebulan.

Isteri daftar akaun emas GAP, menabung 1 gram sebulan.

Hidup susah senang bersama hingga capai 60 tahun usia bersara. Suami ada minima 420 gram emas + isteri ada minima 420 gram emas = 840 gram

Sebulan sekali jual 5 gram, cukup keperluan sepasang suami isteri selama 14 tahun.

Jangka hayat anggaran rakyat Malaysia = 72 – 75 tahun. Ngam kan? 

Akhirnya, jika cinta hingga ke Jannah, usahakan bina dana persaraan seawal perkahwinan. Bajet kecil menabung CARA KECIL. Layari Akaun Tabungan Emas Bajet Kecil Serendah RM100 di sini.

Ringkasan Wajarkah Pelaburan Emas Dijadikan Dana Persaraan?

Dalam menilai pelaburan untuk dana persaraan, penjawat awam perlu mempertimbangkan pelbagai faktor. Pelaburan dalam emas menawarkan kestabilan, perlindungan terhadap ketidakstabilan pasaran, dan peluang pertumbuhan jangka panjang. Dengan menyertakan emas dalam portfolio pelaburan mereka, penjawat awam dapat meningkatkan peluang mereka untuk mencapai matlamat kewangan mereka semasa bersara.

Dengan kepelbagaian, ketahanan terhadap inflasi, dan perlindungan semasa krisis, emas menonjol sebagai pilihan pelaburan yang bijak bagi penjawat awam yang ingin memastikan masa depan kewangan mereka yang selesa dan selamat.

Oleh itu, kesimpulannya adalah sangat wajar penjawat awam memilih untuk jadikan emas sebagai pelaburan jangka panjang sebagai dana persaraan nanti.

Jika anda nak mulakan tabungan emas pelaburan minima 1 gram (sekitar RM300) setiap bulan, Layari Panduan Pelaburan Emas di sini.

2 thoughts on “Pelaburan Emas Sebagai Dana Persaraan Bagi Penjawat Awam”

  1. Ini semua nak menakut-nakutkan pejawat awam. Bapa saya penjawat awam pencen 55 tahun dan saya juga penjawat awam yang akan pencen 60 tahun. Cukup je duit pencen tu, kalau dibelanjakan dengan betul. Jangan tamak dan sibuk pulak dan labur dengan emas. Karang tak pasal labur jadi lebur. Dah elok ada RM setengah juta dalam akaun, hilang kerana seketul emas.

    Reply
    • Terima kasih Tuan zarilan beri ulasan mengenai posting di atas. Tujuan saya bukan untuk menakutkan penjawat awam. Saya setuju duit pencen cukup kalau dibelanjakan dengan betul seperti contoh bapa Tuan zarilan dan Tuan sendiri. Ikut statistik 2022, sebanyak 75% penjawat awam tiada simpanan lebih RM1,000! Jadi saya nak beri sampaikan kepada 75% penjawat awam ini supaya tak terjerumus dengan “penyakit boros” (pantang nampak baki duit dalam bank mesti nak belanja) dengan menabung emas secara berdikit-dikit. Posting di atas bukan untuk baki 25% penjawat awam yang ada simpanan lebih RM1,000 (Tahniah! Tuan termasuk kumpulan ini). Terima kasih Tuan ada juga ingatkan “jangan tamak dan sibuk pulak dan labur dengan emas. Karang tak pasal labur jadi lebur.” sebab memang ramai penjawat awam yang tak ada ilmu emas yang betul terkena dengan skim cepat kaya bertopeng emas lebih-lebih lagi bila dapat duit “golden hand shake”. Kalau tak terkena dengan skim cepat lebur, mungkin terkena dengan kisah sedih orang-orang terdekat.

      Reply

Leave a Comment