Kenapa Harga Emas Jatuh?

Harga emas jatuh! Harga emas jatuh!… Rugilah aku… aku dah banyak buat pelaburan emas!

Carta Harga Emas
Carta 1: Harga emas menunjukkan kejatuhan harga emas sejak April 2013 hingga kepada paras terendah dalam tempoh 3 tahun pada hari ini 23 September 2014. Mungkin akan menjunam lagi? Wallahu a’lam…

Masya Allah… janganlah berkeluh kesah dengan apa yang berlaku ke atas diri kita… 

Benarlah Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.” (Surah Al-Ma’arij: 19).

Memang tak dinafikan bahawa bukan sedikit wang yang kita telah gunakan untuk membuat pelaburan emas. Malah sebelum kejatuhan harga emas mulai tahun 2013 (Rujuk Carta 1), ramai yang telah membeli emas dan dinar pada harga yang tinggi iaitu RM830 untuk 1 Dinar emas pada tahun 2011 dan jatuh mendadak pada April 2013 kepada RM550! Kemudian harga 1 Dinar naik semula kepada RM660 dan jatuh semula pada masa sekarang berada pada sekitar RM550 (23 September 2014).

Mengapa harga emas jatuh? Satu persoalan yang membingungkan kerana rata-rata memahami bahawa apabila pengeluaran emas semakin kurang, manakala permintaan semakin tinggi, maka sudah tentu harga emas semakin meningkat!

Lihatlah rajah yang dipaparkan (Carta 2). Secara umumnya… emas semakin sedikit ditemui di seluruh dunia… Sepatutnya harga emas terus meningkat… 

Pengeluaran emas dunia
Carta jumlah emas ditemui (bar), pengeluaran sebenar emas dunia (garisan mendatar), berbanding harga emas (garisan meningkat).

Ini adalah fakta!

Tetapi ini tidak berlaku! Para pelabur emas satu dunia pening kepala! Maka Bursa Malaysia telah menganjurkan satu simposium di Kuala Lumpur yang bertajuk “Gold & Precious Metals Price Outlook Symposium 2014”.

Alhamdulillah… segala kerisauan telah terjawab…

Dalam pembentangan yang disampaikan oleh Mr. Albert Cheng dari World Gold Council, beliau telah menerangkan terdapat aktiviti pembelian emas secara maya atau dipanggil “emas kertas” (paper gold).

Para pembeli emas membeli emas samada secara online atau membeli di bank tetapi hakikat yang sebenarnya emas yang mereka beli itu tidak ada! Dengan bahasa mudah…. beli emas dapat buku akaun sahaja… atau beli emas dapat kertas sahaja… (Rujuk Carta 3)

Carta penjualan emas dunia
Carta 3: Penjualan emas dunia menunjukkan kadar “pembelian emas maya” yang tinggi berbanding penjualan emas fizikal sebenar.

Ini yang menjadi masalah pada masa sekarang. Terlalu banyak “gold trading” yang dijalankan seperti Plus500 tetapi emasnya tiada! Mereka hanya memanipulasi harga emas secara atas talian sahaja!

Ini yang diharamkan oleh Islam. Sistem RIBA yang diwujudkan oleh Yahudi dan Nasrani. Jika diteliti Plus500 adalah sebuah syarikat yang diwujudkan oleh Yahudi Israel dan berpengkalan di London. Sila lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Plus500

Ciri-ciri pembelian emas dan dapat kertas juga berlaku secara offline! Terdapat banyak syarikat yang menawarkan keuntungan atau dividen tetap bulanan apabila anda melabur emas dengan mereka. Kaedah ini juga menjalankan aktiviti beli emas dapat kertas yang bukan sahaja menyebabkan harga emas jatuh malah merupakan RIBA dan salah di sisi agama Islam…

Jika anda tak pasti sesuatu pelaburan emas itu menyalahi hukum atau tidak… sila layari Pelaburan Emas Halal Atau Haram? 

Di Malaysia, seboleh-boleh sebahagian daripada orang Islam mahu menegakkan benang yang basah… oleh kerana mereka telah terpedaya oleh keuntungan yang banyak, maka soal halal dan haram tidak diendahkan… yang penting mahsyuk…

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. 

Oleh itu… tinggalkanlah jalan yang haram dan ambillah jalan yang halal lagi baik.

Nasihat saya kepada anda yang ingin membeli emas… Belilah emas sekarang!… Harga emas telah jatuh yang terendah sejak setahun yang lalu… Jika anda ingin membeli emas…. alang-alang beli biar untung sokmo… hehe… Sebagai Public Gold Dealer, anda akan tetap mendapat untung walaupun harga emas turun! 

Mengapa? Sebab bila harga emas naik, anda boleh jual dan mendapat keuntungan, bila harga emas turun… ramai orang akan beli emas dan anda pun mendapat komisyen atas pembelian orang lain… Sebab itu, beruntungnya menjadi Public Gold Dealer.. Tapi anda tak perlu jadi Public Gold Dealer untuk mendaftar kerana pendaftaran adalah percuma di Pendaftaran Percuma Public Gold.

Anda boleh mula membeli jika anda sudah yakin bahawa Public Gold menawarkan pakej pelaburan emas yang paling mudah dan yang penting halal.

Pada masa ini, bermula 8 September 2014, anda layak menjadi Public Gold Dealer apabila anda membeli emas dengan nilai minima RM30,000.00 dalam satu resit. Iye la.. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan… alang-alang mandi, biar basah… alang-alang anda membeli emas untuk simpanan anda sendiri, biarlah layakkan diri menjadi pengedar sah Public Gold. Taraf pengedar akan terus kekal dengan pembelian minima sebanyak RM500.00 dalam tempoh setiap enam bulan.

Pada saya, pakej yang sangat berbaloi sebab anda beli emas pun untuk pelaburan anda juga. Bukan perlu jual emas pun…

Sebagai pengedar, berapa keuntungan setiap transaksi? Pengedar Public Gold akan dapat rebat 1.0% setiap kali beli, dan 0.5% setiap kali jual. So, boleh dapat rendahkan peratus susutnilai atau spread. Hingga sekarang pengedar masih diperlukan kerana masih terdapat banyak berjuta lagi penduduk Malaysia yang belum menyimpan emas.

Jika anda ingin membeli emas… saya nasihatkan agar anda belilah Gold Wafer Dinar Public Gold 24K LBMA (London Bullion Market Association accredited) kerana susutnilainya yang paling rendah dan caj penghantaran paling murah berbanding jenis emas yang lain. Tambahan pula, tiada cukai GST emas akan dikenakan seperti yang saya telah bincangkan di sini.

Contoh dinar emas Public Gold yang anda boleh dapatkan untuk pelaburan emas. Public Gold sedia membeli semula dinar emas ini walau kemek atau calar!

Semoga pelaburan emas anda mendapat keberkatan dari Allah Taala… Amin…

Daftarlah secara percuma di Pendaftaran Percuma Public Gold. Jika anda berminat untuk terus membeli dinar emas, sila isikan maklumat menggunakan borang di bawah.

[Form id=”10″]

Leave a Comment