Gold Accumulation Program (Program Akumulasi Emas) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat tabungan emas dengan modal serendah RM100 sebulan. Program ini disokong 100% oleh emas fizikal berketulenan 999.9 (24k).

Sehubungan dengan itu, penabung emas pelaburan boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas (goldbar) atau Dinar 999.9 di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.
Minima pengeluaran adalah 1 gram goldbar. Manakala baki minima yang perlu ditinggalkan dalam akaun GAP hanyalah 1 gram sahaja.
Saya dapati syarat baki minima sebanyak 1 gram dalam akaun simpanan GAP ini lebih rendah atau setara dengan syarat yang ditetapkan oleh bank-bank komersial.
Ciri-ciri dan Kelebihan Akaun Emas GAP
- Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24K)
- Tabungan minimum RM100
- Patuh syariah
- Tabung ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm).
- Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9 (24k)
- Tiada yuran simpanan
- Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
- Pengeluaran sekurang-kurangnya 1gm emas fizikal
- Akaun tabungan bersama antara ibu bapa dan anak-anak bawah 18 tahun disediakan
- Auto-debit potongan bulanan serendah RM100 disediakan
- Diaudit oleh juruaudit bebas
- Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun
Kegunaan Akaun Emas GAP

Saya dapati program Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold adalah yang terbaik di Malaysia.
Promosi GAP Auto Debit 2023

Pada pengalaman saya sendiri, program tabungan emas GAP ni memang sangat sesuai untuk seluruh rakyat Malaysia samada untuk dewasa dan juga terdapat akaun emas untuk anak-anak bersama ibubapa atau penjaga masing-masing kerana syarat buka akaun emas hanyalah serendah RM100 sahaja dan pembelian minimum emas seterusnya dengan gandaan RM100 atau 1 gram emas.
Tambahan pula, emas yang disimpan adalah jenis gold bullion dan simpan di Public Gold secara PERCUMA tanpa upah! Anda juga boleh keluarkan minima 1 gram emas pada bila-bila masa tak terikat pada waktu bank.
Emas pelaburan 24K atau emas 999.9 yang anda simpan dalam Program GAP ini disimpan dalam peti simpanan di Public Safe Pulau Pinang dan kesemua simpanan emas anda dilindungi insurans sekiranya apa-apa yang berlaku kepada Syarikat Public Gold Sdn. Bhd.
Mulai 1 April 2015, kerajaan telah melaksanakan Goods and Services Tax (GST) dan telah mewartakan dalam Warta Kerajaan yang boleh dibaca di sini. Dalam Warta Kerajaan tersebut semua jual beli emas berketulenan 995 (99.5%) dan ke atas telah diisytiharkan TIDAK DIKENAKAN GST.
Harga Emas Akaun Tabungan Emas Pelaburan Gold Accumulation Program (GAP)
Harga emas semasa untuk pelan GAP ni dikemaskini setiap hari selepas jam 12 tengah malam. Rakan-rakan boleh rujuk harga emas hari ini untuk pelan GAP di Harga Emas Semasa. Sila rujuk pada bahagian yang tertera seperti contoh imej di bawah:

Jika dibandingkan dengan akaun simpanan emas di mana-mana bank komersial dari segi logistik, syarat-syarat jual beli, kemudahan keluarkan emas secara fizikal, pada pendapat peribadi, saya dapati program akaun tabungan emas GAP Public Gold ini bukan sahaja patuh syariah, malah lebih baik daripada yang ada di bank.
Sijil Patuh Syariah Akaun Tabungan Emas GAP
Pada 29 September 2017, panel penasihat syariah Amanie Advisor telah mengeluarkan Sijil Patuh Syariah ke atas aktiviti jual beli emas akaun GAP Public Gold.

Pengumuman secara rasmi telah dilakukan pada 11.11.2017 lalu di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya.
Mulai sekarang, anda dah tak perlu berasa was-was untuk berjual beli secara online emas pelaburan 24k yang tidak dikenakan cukai GST / SST melalui akaun GAP. Anda boleh mulakan serendah RM100.
Gold Accumulation Program – Terkini
Mulai Februari 2022 telah ada kemudahan bagi semua pemegang akaun GAP untuk membuat potongan berjadual setiap bulan. Layari panduan di Akaun Tabungan Emas GAP – Auto Debit.
JENIS-JENIS AKAUN SIMPANAN EMAS GAP

Terdapat DUA (2) jenis Akaun Simpanan Emas GAP:
- Akaun Simpanan Emas GAP (Dewasa) – Layak untuk usia genap 18 tahun dan ke atas.
- Akaun Simpanan Emas GAP (Junior) – Layak untuk usia sehari hingga bawah 18 tahun. Kesemua transaksi jual balik / Ar-Rahnu memerlukan akaun bank Ibu / Bapa / Penjaga. Akaun Simpanan Emas GAP (Junior) akan secara automatik bertukar kepada Akaun Simpanan Emas (Dewasa) setelah mencapai 18 tahun dan pemegang akaun perlu mengemaskini profil dan info bank dalam sistem.
- Layari panduan buka akuan tabungan emas pelaburan GAP di sini.
AKAUN SIMPANAN EMAS GAP (DEWASA)
Caranya begini:-
Langkah 1: Daftar Akaun Simpanan Emas Dewasa dengan menggunakan borang di bawah.
Langkah 2: Tunggu emel pendaftaran daripada Public Gold.
- Selepas dapat emel boleh terus isi nombor IC tanpa sengkang di Username dan Password untuk login.
Langkah 3: Pengaktifan akaun Public Gold di pautan seperti yang diemel dan di SMS nanti.
- Buka e-mel atau SMS yang diterima daripada Public Gold
- Saya akan bantu anda untuk proses login secara online ke akaun simpanan emas GAP tanpa perlu ke mana-mana bank atau kedai.
Langkah 4: Buat pembelian minima RM100 menggunakan kaedah FPX / Auto-Debit dan baki akaun GAP anda akan dikemaskini dalam tempoh 24 jam.
- Klik Purchase, Pilih FPX / Auto-Debit
- Pilih Gold Accumulation Program (GAP)
- Isi minima RM100
- Jika pilih Auto-debit, sila pilih tarikh mula potong untuk tempoh minima 12 bulan. Tiada had tahun. Klik Place Order
- Pilih pembayaran secara FPX (tiada caj tambahan dikenakan) dan teruskan bayaran sehingga selesai.
Langkah 5: Kemaskini Profil, info Bank Akaun dalam web Public Gold selepas selesai pembelian pertama di Langkah 4.
- Login menggunakan PG code dan Password and di sini.
- Scroll terus ke bawah.
- Klik butang hijau Update Profile dan isi semua ruang serta upload IC depan dan belakang dalam satu dokumen pdf. Klik Submit dan tunggu emel pengesahan dalam 2 hari bekerja.
- Klik butang hijau Update Bank Info dan isi semua ruang serta upload Passbook atau E-Statement akaun bank anda (sila upload scereenshot paparan atas tanpa tunjuk baki akaun sahaja diperlukan). Sila Google Bank Swift Code anda. Klik Submit.
Selesai.
NOTIS: SILA IKUTI LANGKAH DI BAWAH JIKA ANDA MENGALAMI MASALAH CAPAIAN INTERNET ATAU PG APPS TIDAK DAPAT DICAPAI.
LANGKAH #1 (Hanya jika server PG tidak boleh dicapai) – Lihat harga emas GAP:-
Layari publicgold.com.my. Sila lihat harga 1 gram emas 24K GAP. Harga emas akan dikemaskini selepas setiap jam 12 tengah malam. Jika anda pernah membeli emas Public Gold dan mempunyai kod PG untuk Login, anda hanya terus klik butang ‘Buy GAP’. Jika anda belum pernah membeli emas Public Gold, anda tidak boleh Login lagi.
Layari publicgold.com.my. Sila lihat harga 1 gram emas 24K GAP. Harga emas akan dikemaskini selepas setiap jam 12 tengah malam. Jika anda pernah membeli emas Public Gold dan mempunyai kod PG untuk Login, anda hanya terus klik butang ‘Buy GAP’. Jika anda belum pernah membeli emas Public Gold, anda tidak boleh Login lagi.
Jika anda boleh login, anda boleh menggunakan platform FPX dengan caj RM1 setiap transaksi dengan ikuti langkah yang dipaparkan setelah anda klik butang ‘Buy GAP’.
Jika anda nak jimat RM1 untuk transaksi pembelian emas, anda perlu ikuti Langkah #2 seterusnya.
LANGKAH #2 (Hanya jika server PG tidak boleh dicapai) – Buat pembayaran menggunakan Maybank2u.com.my
Amat mudah jika anda dah pun ada akaun Maybank2u. Buat bayaran ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di nombor akaun 5571-3923-8048 atau 5071-3410-4563. Buat bayaran untuk mengikut gandaan 1 gram emas GAP atau dalam gandaan RM100.
Nota Penting: Isikan nombor kad pengenalan anda atau kod PG sekiranya ada di bahagian Recipient reference.
Sebagai contoh jika di web Public Gold menunjukkan harga emas GAP seperti berikut:
MYR 100 = 0.5319 gram
MYR 188 = 1.0000 gramdan anda ingin menyimpan 1 gram, maka transfer duit sebanyak RM188.00. Jika mahu simpan 5 gram emas, maka transfer duit sebanyak 5 x RM188.00 = RM940.00.
Anda boleh juga transfer minima RM100 dan berat emas sebanyak 0.5319 gram (sehingga 4 titik perpuluhan) akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan emas GAP anda.
Gunakan kemudahan ‘Print receipt’ di Maybank2u.com.my untuk menyimpan maklumat pembayaran. Jika anda menggunakan smartfon, sila pastikan anda simpan screenshot terakhir transaksi yang telah berjaya sebagai bukti pembelian emas GAP. Adalah amat penting agar anda TIDAK menggunakan bukti SMS kerana tidak diterima.
Jika anda ada akaun Public Bank, anda juga boleh buat bayaran di akaun Public Bank 3167-52-0833.
Jika anda berada di luar negara, sila masukkan kod Swift berikut:
nombor Swift MBBEMYKL untuk akaun Maybank atau
nombor Swift PBBEMYKL untuk akaun Public Bank.
LANGKAH #3 (Hanya jika server PG tidak boleh dicapai) – Hantar maklumat pembayaran melalui Whatsapp / Messenger / SMS / Emel
Sila hantar maklumat berikut melalui emel kepada saya di su******@***********as.org (Insya Allah saya akan bantu proses):-
- Nama penuh (seperti dalam IC):
- NRIC atau Kad Pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx
- No. telefon:
- Emel anda:
- No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf (Sekiranya anda tiada introducer)
Di samping itu, anda perlu melampirkan salinan resit pembelian juga. Anda juga boleh Whatsapp saya semua maklumat di atas di https://akaungap.wasap.my/ agar saya dapat membantu jika terdapat apa-apa masalah.
Oleh itu, saya nasihatkan anda agar menyimpan resit pembelian emas GAP anda dan buat printscreen atau snapshot menggunakan smartfon untuk paparan transaksi akhir setelah bayaran / pindahan dibuat. (Nota penting: Bukti bayaran SMS tidak akan diterima).
Seterusnya, untuk mempercepatkan pengesahan, saya dapati penghantaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp adalah yang paling cepat dan senang diterima oleh Public Gold.
Anda hanya perlu ikuti langkah 3 sekali sahaja untuk buka akaun GAP. Selepas pembelian anda disahkan, anda akan menerima kod PG khas melalui emel.
Itu sahaja! Anda hanya perlu tunggu maklumbalas daripada Public Gold sekitar 4-5 jam pada hari bekerja Insya Allah. Anda akan dapat melihat penyata akaun emas GAP anda dalam tempoh 48 jam selepas pengesahan.
Simpanan emas anda di Public Safe adalah PERCUMA dan DILINDUNGI INSURANS sampai bila-bila! Anda boleh juga mengeluarkan emas dari akaun anda pada bila-bila masa dengan caj premium yang terendah di Malaysia!
Caj Gold Premium

Bagaimana nak lihat akaun GAP anda?
Ada DUA (2) cara nak lihat akaun emas online GAP anda.
CARA 1: Login Akaun My GAP di web Public Gold.
Login menggunakan Nama Pengguna (Nombor PG) dan Kata Laluan anda di Public Gold > Login. Kemudian klik butang My GAP seperti imej di bawah:-

CARA 2: Guna Public Gold Apps.
Sekarang aplikasi Public Gold sudah dilancarkan. Akaun GSAP dan Public Gold telah digabungkan dalam satu aplikasi. Aplikasi sebelum ini boleh uninstall dan install yang baru di :
Link app android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmapp.publicgold
Link app iphone.
https://apps.apple.com/my/app/public-gold/id1591580964
Sekiranya anda ingin menjual semula, anda boleh jual balik emas dalam akaun GAP pada bila-bila masa tanpa perlu pergi ke mana-mana atau bersusah-payah menunggu giliran. Sila Login ke akaun PG anda dan klik pada My GAP seperti ditunjukkan di bawah.

Pada bahagian atas ada butang “Purchase” iaitu Beli, “Buy-Back” iaitu Jual Semula, “Transfer” iaitu Pindah (hanya kepada akaun PG Mall sahaja) dan “Statement” iaitu Penyata.
Klik butang ‘Purchase’ setelah anda membuat bayaran ke akaun bank Public Gold dan isikan maklumat bayaran seperti yang ada pada salinan resit. Selepas anda dapat capaian Internet, sila login di website Public Gold, Menu > My GAP dan pilih Purchase, Gold Accumulation Program dan pilih Bankin Upload. Pilih salinan resit dan klik butang ‘Submit’.
Insya Allah akaun anda akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam hari bekerja. Anda boleh simpan nombor fon staff Public Gold yang boleh didapati di sini.
Sekiranya anda membeli emas GAP melalui platform FPX, insya Allah akaun anda terus dikemaskini dan tidak perlu untuk upload resit ke dalam akaun GAP.
Sila layari Cara Buka Akaun GAP (Gold Accumulation Program) Bagi Yang Tiada PG Code yang ingin menggunakan platform FPX dan baki penyata akan terus dikemaskini secara automatik. Cara buka akaun GAP yang baharu ini lebih mudah mulai 16 Jun 2020.
Anda boleh mencetak penyata sekurang-kurangnya 6 bulan sekali kerana maklumat transaksi yang melebihi 6 bulan tidak akan dipaparkan.
Sekiranya anda ingin menjual balik emas dalam akaun GAP anda, sila klik “Buy-Back” dan butang “Add New” untuk jual semula emas GAP anda dan lihat harga jual semula seperti yang dibulatkan di bawah. Pastikan harga jual semula emas GAP anda sekurang-kurangnya melebihi 15% daripada harga beli dahulu untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Kemudian klik butang Request di bawah sekali.
Anda akan mendapat emel dari Public Gold untuk pengesahan jual balik dan sila reply emel tersebut dengan segera jika terdapat kesalahan. Jika tiada kesilapan, insya Allah jumlah duit tunai jualan balik emas GAP akan dimasukkan ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja.
Seperti yang anda lihat di atas, amat mudah berurusan untuk proses jual beli emas di Public Gold dan saya pasti anda akan dapat menjimatkan duit, masa dan tenaga anda berbanding akaun simpanan emas di bank-bank. Malah anda boleh membuat pembelian barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat yang menyertai PG Mall melalui akaun emas GAP.
Setelah anda selesai, anda boleh “Log out” dengan klik pada butang di atas seperti di bawah.
Untuk keterangan lanjut, sila klik kanan (right click) dan ‘save as’ atau ‘save link as’ dalam pdf di link: Gold Accumulation Program (Anda memerlukan Adobe Reader untuk membuka dokumen tersebut).
Jika anda nak buat potongan bulanan dari akaun Maybank anda terus ke akaun GAP, sila layari Cara Buka Akaun Emas Patuh Syariah di sini.
Jika anda ingin keluarkan emas fizikal pula, sila layari Cara Keluarkan Emas Fizikal Daripada Akaun Simpanan Emas GAP di sini.
Selepas anda selesai membuka akaun emas GAP Public Gold, sila hubungi saya di https://msuhaimee.wasap.my untuk saya follow-up jika terdapat sebarang kelewatan proses buka akaun GAP.
Saya juga akan menghantar emel tips dan ebook pecuma sebagai panduan untuk rujukan anda pada masa akan datang.
Semoga anda semua success dalam pelaburan emas!!! Insya Allah…





Assalamualaikum tuan.Saya baru berjinak dlm pelaburan emas ni.Buat masa skrg saya baru ade goldbar 0.5 gram 24k dan simpan utk sendiri je.Tapi lepastu saya xtauu langkah seterusnya.Emas tu ada dgn saya.Boleh Minta tunjuk ajar tuan?terima kasih
Wa’alaikumussalam tuan Hafidz. Saya cadang tuan simpan je 0.5g goldbar tu dulu. Letakkan sasaran untuk simpan sejumlah gram emas dalam tahun 2016 ini. Sebagai contoh 100g bersamaan dengan 10g setiap bulan atau target 5g setiap bulan untuk kumpul sebanyak 50g emas bila tiba penghujung 2016. Tujuan Hafidz simpan emas untuk lindung kekayaan Hafidz daripada susutnilai Ringgit.
Nak maklum bahawa hanya tinggal kurang dari 24 jam sahaja lagi sebelum tawaran menjadi peniaga / dealer emas Public Gold akan berakhir…
Alhamdulillah.. pada hari ini 31 Disember harga emas hanya RM159/g.. hanya dengan membeli sebanyak 63g emas GAP dalam satu resit (RM10, 017.00 sahaja) dan anda layak sebagai dealer emas PG untuk komisen 1% pembelian berikutnya oleh mana-mana pelanggan anda. Juga anda dapat baucer RM100 dan 1 cabutan bertuah ke Turki!
Sebagai dealer PG anda juga boleh jual dan beli emas PG tanpa susutnilai dengan pelanggan anda.
Tawaran terbaik sepanjang tahun 2015 kerana sebelum ini promosi sebagai dealer perlu beli 100g emas! Tapi sekarang hanya 63g emas GAP sahaja!
Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Anda boleh terus reply guna borang di bawah…
Assalamualaikum,
bolehkah saya jual semula emas GAP kepada PG kerana tidak terdapat jadual PG sell dan PG buy untuk GAP, atau GAP program untuk simpanan saja
TQ
Wa’alaikumussalam Izan,
Apabila Izan telah membeli emas GAP dan disahkan oleh PG, Izan akan dapat mengakses akaun GAP Izan di PG. Di dalam akaun tersebut Izan boleh menambah simpanan emas atau menjual semula emas dengan menekan beberapa butang sahaja. Jika Izan ingin menjual semula, hanya klik butang Buy-back dan di situ dipaparkan harga jual semula emas per gram. Harga jual semula emas GAP boleh juga dianggarkan bersamaan dengan harga jual semula PG Buy 10g LBMA GOLD BAR/WAFER(24K) dibahagi 10 dan bundarkan kepada satu Ringgit yang terdekat. Tetapi harga yang sebenar dikemaskini tepat jam 12 tengah malam dalam akaun GAP. Harap dapat membantu. Terima kasih.
jika emas ada kat tangan,kita perlu ke cawangan terdekat slps kita ‘klik buy back’ tu,macam tu ke prosesnya ? proses bayar semula kepada kita pula macam mana
atau bawa emas tersebut ke branch & buat proses ‘buy back’ tu secara manual
Emas di akaun GAP disimpan di Public Safe dan tiada di tangan kita. Namun Izan boleh keluarkan dgn baki sekurang2nya 1 gram dgn bayar caj premium ikut berat emas dan mengambilnya di cawangan terdekat. Butang “Buy-Back” hanya boleh dibuat jika ada baki dlm akaun GAP dan bukan emas yg ada ditangan.
Proses bayaran ialah terus ke akaun bank kita. Sewaktu mendaftar pada permulaan Izan perlu whatsapp imej muka depan akaun bank utk pengesahan waktu buka akaun GAP.
Akaun GAP ialah khas utk mereka yang risau utk simpan emas di rumah. Jika Izan mahu simpan emas di rumah, saya cadangkan beli Gold Bar 24K.
Jika Gold Bar 24k tu ada ditangan dan Izan nak jual balik, Izan hanya perlu whatsapp pihak PG di cawangan terdekat berapa gram emas berdasarkan harga semasa pada tarikh dan waktu yang Izan minat nak jual semula.
Pihak PG akan menghubungi Izan untuk mereka emel invois dan sales order dan perlu ke cawangan dengan membawa emas tersebut untuk dijual semula. Selepas beberapa jam pada hari bekerja, Insya Allah Izan akan dapat wang tunai tersebut terus ke dalam bank (sila guna Maybank untuk proses yg cepat).
ok,TQ dah faham 🙂
saya akan pm untuk dapatkan lebih details nanti
assalam tuan,
GAP ni adakah pembelian emas fizikal atau pun kertas?
memandangkan ia disimpan di Public Gold secara PERCUMA tanpa upah,
adakah kemungkinan Public Gold hanya ada emas atas kertas dan bukan fizikal.
terima kasih
Wa’alaikumssalam tuan Fazli,
GAP ini ialah pembelian emas fizikal dan tuan boleh keluarkannya pada bila-bila masa. Setiap pengeluaran ada dikenakan caj premium. Rujuk laman web Public Gold. Insya Allah program GAP patuh syariah.
assalam tuan
sya mpunyai kprcyaan dan lbih yakin until mencuba pelaburan setelah mbca blog Tuan.dhulu sya fkir nk beli emas memerlukn modal,memndgkn sya cuma bkerja biasa Dan pndptn ckup sbg org bujang…sya ingin mcuba mbeli 1g emas..bole ker sya buat sbg prmulaan. Perlukah sy mnuggu hrga emas jatuh baru beli@bole beli skrg..
Wksalam, Alhamdulillah terima kasih atas kepercayaan yg diberikan. Tiada masalah utk mulakan pelaburan emas dgn 1g secara berdikit-dikit. Jika nk mula beli, lebih baik beli hari ini sbb tiada siapa tahu bila harga emas akan jatuh ke paras terendah. Harga GAP Public Gold pada hari ini antara yang terendah sejak 2 bulan yang lalu.boleh ikuti posting saya di http://pelaburanemas.org/simpanan-emas-pelaburan-semudah-1-2-3/
Assalamualaikum tuan,
Saya che noorddin. Saya ingin tahu cara untuk batalkan buyback pada gap saya.
Terimakasih
Wa’alaikumussalam tuan boleh terus call kedai Public Gold yang berdekatan tuan untuk proses batalkan BuyBack di http://pelaburanemas.org/go/cawanganpublicgold.php. Terima kasih.