Pelaburan emas CIMB yang dikenali sebagai e-Gold Investment Account (e-GIA) merupakan salah satu kemudahan menyimpan emas secara elektronik tanpa emas fizikal (perbankan konvensional dan bukan Islamik) yang terdapat di Malaysia.
Akaun pelaburan emas CIMB ini boleh dimohon terus melalui website CIMB yang terdapat di sini. Namun, sebelum anda teruskan, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang perlu anda ketahui.
Terdapat beberapa persoalan penting yang sering ditanya oleh pelabur emas khususnya pelabur emas Muslim tentang status patuh syariah pelaburan emas CIMB ini.
Seperti yang saya dah maklum di perenggan pertama, akaun pelaburan emas e-GIA di CIMB ini hanya berlandaskan jumlah gram emas yang dibeli dan disimpan dalam bentuk elektronik dan bukan fizikal. Senang cerita akaun pelaburan emas e-GIA ini tidak patuh syariah.
Anda boleh lihat bukti jawapan secara bertulis di Facebook seperti berikut:-
Seterusnya, anda akan dikenakan caj / fi sekiranya baki dalam akaun di bawah 5 gram. Nak tutup akaun pun dikenakan caj RM10.
Jika begitu, saya ingin kongsikan kepada anda satu akaun pelaburan emas yang disahkan patuh syariah dan tidak dikenakan sebarang caj / fi / yuran tahunan walaupun berbaki hanya 1 gram sahaja. Simpanan emas pelaburan fizikal secara percuma seumur hidup.
Anda boleh layari Gold Accumulation Program (GAP) untuk maklumat lanjut di sini. Pendaftaran akaun pelaburan emas GAP adalah percuma dan boleh didapati di sini.
Daftar secara percuma akaun simpanan emas pelaburan GAP sekarang…
Akaun Simpanan Emas GAP (Dewasa)
Akaun Simpanan Emas GAP (Junior)
Terdapat juga kemudahan akaun simpanan emas GAP bagi anak-anak yang berusia bawah 18 tahun. Pendaftaran dibuka ke atas bayi yang telah mempunyai MyKid. Sila daftar dengan menggunakan borang di bawah.
Semoga bermanfaat.