Anda nak buat pelaburan emas untuk anak-anak? Alhamdulillah… Syukur kepada Ilahi kerana pada hari ini, amat mudah untuk melabur emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada untuk anak-anak.
Seperti yang saya ceritakan di halaman “Mengenai Saya“, Alhamdulillah, Allah Taala mengurniakan kepada kami 7 orang cahayamata – 3 puteri dan 4 putera. Pada 17 September 2015, dalam bulan Zulhijjah sebelum berakhir tahun 1436H anak sulung saya berusia 16 tahun telah dapat syahadah hafazan 30 juzuk Al-Quran. Selang beberapa minggu kemudian, pada 28 Oktober 2015, anak yang kedua (14 tahun) telah dapat mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Pada 17 November 2015 pula, anak yang ketiga (12 tahun) telah mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR.
Alhamdulillah, pihak sekolah telah memberi ganjaran kepada pelajar yang cemerlang 5A dalam UPSR sebanyak RM500.00!
Oleh kerana ayah dan ibu mereka telah mendapat ilmu mengenai pelaburan emas, maka duit sebanyak RM500.00 tersebut disimpan dalam bentuk emas dengan membuka akaun emas GAP. (Sila lihat apa itu akaun emas GAP di sini).
Rezeki Umair bertambah apabila bapa saudaranya juga turut memberi sumbangan duit tunai menjadikan kesemuanya berjumlah RM750.00!
Kami memanfaatkan sumbangan tersebut dengan membuka akaun pelaburan emas GAP. Kesemuanya saya lakukan hanya dari telefon pintar sahaja! Amat menakjubkan dan saya sungguh senang hati kerana tak perlu keluar rumah, tak perlu bazirkan petrol walaupun pada hari ini harga petrol RON95 turun RM0.10 kepada RM1.85 seliter. Juga saya tak perlu ambil cuti untuk buka akaun pelaburan emas anak dan tak perlu bazirkan masa, tak perlu bayar parking kereta dan tak perlu beratur atau menunggu lama.
Hanya melalui telefon pintar menggunakan aplikasi Maybank2u.com.my saya terus membuat pembelian emas pelaburan GAP sebanyak 4 gram X RM159.00 (harga emas GAP pada 31 Disember 2015) = RM636.00. Seterusnya saya Whatsapp ke nombor telefon bimbit Person In-Charge (PIC) cawangan terdekat Public Gold (Dalam kes saya Pn Latifah Public Gold Cawangan Sungai Petani) seperti berikut:-
Jika anda nak buka akaun anak anda buat pertama kali… anda perlu bank in ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di nombor akaun 5571-3923-8048 ATAU akaun Public Bank 3167-52-0833.
Setelah anda selesai bank-in, anda hanya perlu hantar kepada staf Public Gold HQ maklumat berikut (sekiranya anak anda di bawah 18 tahun):-
- Nama penuh anak:
- No. IC/Mykid anak:
- Nama ibu/bapa:
- No. IC ibu/bapa:
- No. H/P ibu/bapa:
- Emel anak:
- Jumlah bayaran (RM):
- Masa & Tarikh Bayaran:
- Introducer: (Jika tiada, boleh letak PG047646 Suhaimee Manaf).
- Salinan gambar resit (bukan pdf).
Anda boleh Whatsapp semua info di atas ke nombor 017-4866916.
Itu sahaja… Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar dan Puan Latifah dari PG Cawangan Sungai Petani telah mengesahkan penerimaan bayaran untuk pembelian sebanyak 4 gram emas pelaburan GAP.
Akaun pelaburan emas GAP ini patuh syariah kerana setiap gram emas yang dibeli merupakan emas fizikal dan anda boleh keluarkan emas GAP dalam bentuk goldbar 999.9 atau dinar 24K pada bila-bila masa. Apa yang perlu anda lakukan ialah menghubungi PIC Cawangan Public Gold dan buat permohonan pengeluaran jenis dan berat emas yang anda ingin keluarkan dengan syarat tinggalkan minima 1 gram emas dalam akaun GAP tersebut. Jika anda keluarkan semua sekali emas GAP maka akaun anda dianggap tidak aktif dan anda perlu membayar RM50 untuk mengaktifkannya semula.
Setiap jenis dan berat emas yang anda keluarkan akan dikenakan caj premium yang paling minimum. Anda boleh lihat senarai caj premium di bawah ini…
Oleh yang demikian, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri dan keluarga anda. Lindungilah kekayaan anda sekeluarga dengan memiliki emas. Ketahuilah bahawa dengan menyimpan duit kertas Ringgit Malaysia akan mendedahkan kekayaan yang anda usahakan kepada risiko inflasi dan susutnilai wang kertas pada masa akan datang.
Kasihanilah diri anda sekeluarga. Buatlah keazaman agar anak cucu cicit kita tidak perlu buat pinjaman bank untuk beli kereta dan rumah pada masa akan datang. Satu dinar emas 1,400 tahun dahulu boleh beli seekor kambing… begitu juga satu dinar emas pada hari ini boleh beli seekor kambing. Lihatlah kekuatan nilai emas yang begitu ampuh dan tak ditenggelam dek zaman.
Apa tunggu lagi.. bukalah akaun pelaburan emas GAP sekarang!
(PERHATIAN: Jika anda tiada nombor Introducer, anda boleh gunakan nombor Introducer saya PG047646.)
Selamat berjaya dalam pelaburan emas…
Menarik. Dari segi keuntungan menyimpan emas dan emas sebagai matawang kalis inflasi memang saya setuju dengan apa yang tuan beritahu di atas. Tapi bab nak bank in, gambar resit, itu pada saya tidak berapa smooth. Kenapa PG tak sediakan sistem FPX ye, atau ada rancangan di masa hadapan?
Memang dah ada En Azwan. Pelanggan Public Gold boleh order online dan bayar menggunakan platform FPX menerusi aplikasi Public Gold yang tuan boleh dapati di http://pelaburanemas.org/pendaftaran-percuma/#smartfon.