Pelaburan Emas Dengan Matawang Kertas

Apa kaitan pelaburan emas dengan matawang kertas? Hari ini saya ingin berkongsi mengenai sejarah dan nilai duit kertas yang pernah ada di Malaysia khususnya sebelum merdeka.

Menurut sejarah tanah air, pada tahun 1941, Jepun menjajah Tanah Melayu dan memperkenalkan duit kertas (atau lebih dikenali sebagai duit pokok pisang).

Namun, sejak 1943 British melancarkan perang melawan Jepun, nilai duit pokok pisang semakin susut hingga tiada nilai selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Akibatnya, semua yang menyimpan duit pokok pisang Jepun terpaksa tinggalkan sahaja duit-duit tersebut.

Ambil iktibar atau pengajaran daripada sejarah negara yang telah berlaku. Dalam keadaan suasana ekonomi dan politik yang sukar diduga, tak mustahil perkara yang sama akan berulang dan berlaku ke atas matawang kita.

Menurut kajian oleh DollarDaze.org, sebanyak 775 mata wang kertas telah diwujudkan selama ini. Namun, tidak ada satu wang kertas pun yang telah berjaya memegang nilainya sepanjang sejarah. Sebanyak 155 matawang fiat (20%) gagal melalui hiperinflasi, sebanyak 163 matawang fiat (21%) telah dimusnahkan oleh peperangan, sebanyak 93 matawang fiat (12%) dimusnahkan semasa proses kemerdekaan, sebanyak 186 matawang fiat (24%) mengalami proses reformasi dan sebanyak 178 (23%) masih digunakan namun menghampiri salah satu proses yang diterangkan.

Purata jangka hayat untuk matawang fiat adalah 27 tahun, dengan jangka hayat terpendek selama hanya satu bulan! Namun, terdapat hanya satu wang kertas yang masih bertahan sejak diwujudkan pada tahun 1694, Pound Sterling British adalah matawang fiat tertua di dunia.

Pada usia tua 325 tahun, ia mesti dianggap mata wang fiat yang sangat berjaya. Walau bagaimanapun, kejayaan adalah relatif. Pada hari ini, Pound Sterling British dinilai sebanyak 12 auns perak, jadi ia bernilai kurang daripada 1/200 atau 0.5% daripada nilai asalnya. Dengan kata lain, nilai mata wang yang paling berjaya sejak kewujudannya telah kehilangan sebanyak 99.5% daripada nilainya!

Sejarah dunia telah menunjukkan banyak kejadian matawang kertas milik beberapa negara menjadi tiada nilai!

Saya enggan percaya kepada apa jua ramalan. Namun, apa yang penting, persediaan awal dengan mulakan perlindungan ke atas kekayaan yang kita ada pada hari ini dalam bentuk kalis inflasi iaitu emas.

Sebab apa? Sebab bimbang simpan duit tunai banyak-banyak… esok-esok nilai jatuh mendadak… siapa tahu? Contoh pada tahun 2016, tiba-tiba India haramkan duit 500 rupee dan 1000 rupee di India.

Inida haramkan Rupee 500 dan 1000. Sesal kemudian tidak berguna lagi..

Masa masih belum terlambat. Ramalan ramai pakar kewangan dunia mengatakan nilai semua matawang dunia akan mula menyusut secara cepat mulai tahun 2020! Wallahu ‘alam.

Sejarah ribuan tahun telah membuktikan nilai emas kekal sehingga kini. Namun, tiada satu pun matawang kertas yang wujud di dunia boleh bertahan ribuan tahun.

Jika anda dah baca ebook percuma saya ‘5 Tips Mulakan Pelaburan Emas Patuh Syariah‘, ada ditunjukkan kekuatan nilai 1 dinar emas 1400 tahun lalu boleh bertahan sehingga pada hari ini!

Syeikh Imran Hossein juga seringkali mengingatkan bahawa Nabi Isa Al-Masih ‘Alaihissalam yang pasti akan turun pada suatu hari nanti tidak akan kenal matawang USD, Euro, Pound Sterling dengan banyaknya unsur riba’. Baginda sudah pasti bermuamalah dengan menggunakan emas dan perak, dinar dan dirham.

Anda boleh juga tonton ilmuwan tersohor eskatologi seperti Syeikh Imran Hosein juga kerap memberi peringatan mengenai kelemahan duit kertas yang sedang digunakan di seluruh dunia di sini.

Beliau juga seringkali mengingatkan mengenai Surah Al-Kahfi (Surah ke-18) yang sunnah dibaca setiap hari Jumaat, dalam ayat ke-82:-
وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنزٌ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنزَهُمَا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا

Terjemahannya: “Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya”.

Syeikh Imran Hossein yang merupakan seorang pakar eskatologi Islam menyatakan “harta terpendam” yang dinyatakan dalam ayat tersebut sudah tentu bukan wang kertas yang boleh reput tetapi berupa emas dan perak yang boleh bertahan lama tanpa rosak walaupun ditanam.

Pelbagai petunjuk dan peringatan diberi kepada kita agar persiapan boleh dilakukan mulai sekarang. Namun tak perlu panik dengan menyimpan berkilo-kilo emas. Cukuplah sekadar keperluan yang membolehkan sara hidup diri dan keluarga selama 6 hingga 12 bulan jika krisis berlaku.

Pakar kewangan dunia mencadangkan 10% daripada kekayaan ditukarkan kepada emas.

Namun, persoalannya adakah cara yang paling mudah untuk menukarkan pendapatan tunai bulanan kepada emas?

Jawapannya ada…

Alhamdulillah pada hari ini, setelah kajian berminggu-minggu dijalankan, dikongsikan secara percuma cara mendapatkan emas dan perak secara patuh syariah dan sah di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Jika anda nak mulakan serendah RM100 pun boleh dan dah boleh dapat simpan 0.5495g emas 24K (harga pada hari ini = RM182/g). Jika berminat nak potong bulanan serendah RM100 juga ada kemudahan yang disediakan.

Anda boleh layari Cara Buka Akaun Pelaburan Emas Patuh Syariah untuk mulakan Arahan Pembayaran ( Standing Instruction) kepada bank Maybank potongan bulanan.

Saya galakkan guna Maybank atau Public Bank sebab tiada caj tambahan berbanding bank lain. Login kemudahan internet banking di salah satu bank tersebut menggunakan komputer (PC / Laptop) sebab aplikasi di fon tiada kemudahan SI.

Anda simpan salinan resit SI dan emel kepada saya di

su******@pe***********.org











atau Whatsapp saya di https://akaungap.wasap.my untuk saya bantu proses kemaskini arahan pembayaran ke akaun simpanan emas GAP anda.

Leave a Comment