Simpan Emas Atau Duit Kertas?

Yang mana lebih baik untuk anda simpan? Simpan emas atau simpan duit kertas? Memang saya pun pada mulanya tak faham sebab sejak kecil kita tak pernah didedahkan dengan perbezaan di antara emas dan duit kertas.

Yang saya tahu duit ringgit tu yang paling penting untuk kita simpan. Tak pernah terfikir bahawa duit ringgit itu hanyalah sejenis matawang khas dan hanya bernilai untuk rakyat Malaysia dan tidak di negara lain. Tak pernah terfikir bahawa Ringgit hanyalah sekeping kertas yang dicetak oleh Bank Negara Malaysia dan terdedah kepada kejatuhan nilai pada bila-bila masa.

Lihatlah pada hari ini. Ringgit Malaysia (MYR) telah jatuh nilainya berbanding dengan Dolar Amerika (USD).

Nilai Ringgit Malaysia (MYR) jatuh berbanding Dolar Amerika (USD)
Nilai Ringgit Malaysia (MYR) semakin jatuh berbanding Dolar Amerika (USD) – 20 Januari 2015 (Sumber: XE.com)

Malah pernah satu masa, nilai matawang Ringgit Malaysia pernah jatuh sehingga RM4.00 berbanding 1 Dolar Amerika! Apabila matawang kita jatuh, maka sudah tentu harga barang akan meningkat dan inilah yang dikatakan inflasi.Pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia dan salah satu faktor yang dikenalpasti adalah aktiviti ‘Penyangak Matawang’ iaitu George Soros.

Sebab itu, pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan telah mengikat nilai Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika pada 3.80 sehingga melebihi 10 tahun! Namun matawang Ringgit Malaysia telah dibuka semula kepada pasaran antarabangsa. Pada hari ini nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika telah mencecah 3.61!

Jadi, kita perlu berfikir kembali… adakah dengan menyimpan duit kertas di dalam Tabung Haji atau amanah saham akan menjamin kekayaan hasil penat lelah kita bekerja mendapatkan duit kertas itu? Atau adakah akan sampai masa bila duit kertas yang kita simpan selama bertahun-tahun akhirnya tidak bernilai dan hanya tinggal sebagai kertas sahaja.

Saya tak pasti samada anda faham atau tidak, tapi saya memang dah mula faham dan saya tidak akan bergantung sepenuhnya dengan hanya menyimpan duit dalam Tabung Haji atau amanah saham sahaja, namun, saya mula membeli dan menyimpan emas sebagai satu kaedah ampuh untuk melindungi kekayaan saya setelah penat bekerja. Saya cadang agar anda lihat video di bawah (walaupun dalam Bahasa Inggeris, namun amat berbaloi anda fahami apa yang dibincangkan).

Secara ringkasnya, USD akan hilang kekuatan matawangnya pada satu hari nanti dan nilai semua matawang di dunia pada masa ini bergantung kepada nilai USD. Apabila nilai USD sendiri akan jatuh dan tiada nilai, maka berapakah nilai Ringgit Malaysia pula?

Buatlah kajian nilai emas vs USD atau emas vs RM…anda akan dapati nilai emas secara amnya semakin meningkat berbanding mana-mana matawang di dunia!

Jangan tunggu lama-lama dan berasa was-was kerana masa semakin suntuk jika anda tak membuat keputusan sekarang untuk mula membeli dan menyimpan emas. Pada masa sekarang amatlah mudah untuk anda yang berada di Malaysia dan Singapura untuk beli dan simpan emas. Anda boleh mendapatkan tips di sini.

Akhirnya, seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.