Tip Utama Pelaburan Emas Apabila Kadar Inflasi Matawang Meningkat

Pelaburan Emas Versus Kadar Inflasi Matawang

Satu konsep mudah nak faham adalah semakin meningkat kadar inflasi sesuatu matawang negara maka semakin meningkat harga emas. Mari kita lihat apa yang telah berlaku sejak bulan April 2021 hingga Mei 2021.

Berdasarkan graf di atas, kadar inflasi di USA pada bulan April ialah 4.2% (vs 1.4% di bulan Januari) sementara kadar inflasi di Malaysia ialah 4.7% (vs -0.2% di bulan Januari). Berita yang lebih buruknya ialah kadar inflasi di USA pada bulan Mei telah meningkat lagi kepada 5%! Kadar inflasi di Malaysia pada bulan Mei ialah 4.4%. 

Berita ini adalah buruk kerana inflasi membuat kuasa belian matawang jatuh. Jika ianya berterusan, satu hari nanti kita akan membayar RM10 atau RM20 untuk secawan white coffee! (perlu diingat yang pendapatan kita kekal dan tidak meningkat!) 

Oleh itu, kita perlu bertindak untuk menyelamatkan kuasa beli kita. Kita perlu lindung kekayaan kita yang telah kita usahakan selama ini. Kita boleh melakukan ini dengan senang dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan kita ke dalam pelaburan yang naik nilainya ketika kadar inflasi naik menggila. Pelaburan yang paling mudah dan patuh syariah ialah emas dan perak.

Mengapa kita perlu menukar wang simpanan kita kepada bentuk yang kalis inflasi seperti emas?

Jawapannya sangat mudah. Inflasi merompak kekayaan kita semua tanpa sedar. Tahukah anda 1 dinar emas (4.25 gram) pada zaman Rasulullah SAW dahulu mampu membeli seekor kambing dan nilai 1 dinar emas yang sama pada hari ini masih mampu membeli seekor kambing walaupun telah berlalu selama lebih 1,400 tahun!

Berbeza dengan duit Ringgit yang kita gunakan sejak kecil atau 40 tahun dahulu duit 30 sen mampu beli sepinggan nasi dan segelas air namun pada hari ini dengan 30 sen mampu beli mungkin sebiji gula-gula sahaja! Pada hari ini nak dapat sepinggan nasi dan segelas air mungkin dengan RM3.00 pun tak cukup!

Lihat! Baru 40 tahun nilai kekuatan matawang Ringgit telah susut begitu banyak! Apa yang akan berlaku 30 atau 40 tahun lagi?

Bagaimana nak tukar wang simpanan kepada bentuk emas?

Pada hari ini terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai syarikat jual beli emas dan juga bank-bank komersial. Namun, sebelum anda memilih untuk menukar wang simpanan kepada bentuk emas pelaburan, mari lihat jenis emas yang betul dan menguntungkan anda dalam jangka masa panjang.

Jika anda minat nak simpan sendiri dan pegang emas secara fizikal, boleh mulakan dengan menyimpan sekurang-kurangnya 1 dinar atau boleh juga 10 gram Goldbar BungaMas dengan harga rendah yang mesra Ar-Rahnu (boleh buka seal).

Contoh 1 Dinar dan 10g Goldbar 24k BungaMas mesra Arrahnu boleh dibeli secara EPP sehingga 10 bulan tanpa risau kenaikan harga pada bulan ke-10. Harga tetap sama sampai selesai bayaran.

Melalui kedai Public Gold, anda boleh dapat simpan sendiri emas pelaburan secara fizikal dengan harga yang terbaik di pasaran dan Public Gold jamin beli balik apabila  anda nak jual balik nanti. Tanpa soal!

Sekaranglah masa yang sebenar nak mulakannya sebab ada promosi deposit ansuran patuh syariah Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 10 bulan.

Jika anda nak rebut promosi 1 dinar (bajet sekitar RM110/bulan secara EPP10) atau 10 gram Goldbar (bajet sekitar RM260 sebulan) bayaran shariah EPP10 (bayar 10 kali dalam masa 10 bulan), boleh terus buat tempahan order sahaja dahulu. Tak perlu bayar lagi pada hari ini.

Sijil patuh syariah outright purchase, EPP dan jual balik di Public Gold.
Sijil Patuh Syariah oleh Panel Penasihat Syariah AManie Advisor

Bayar dalam tempoh 4 hari dari tarikh tempahan pun tak mengapa. Sebab transaksi pembelian secara deposit sekuriti EPP patuh syariah ini telah mendapat Sijil Patuh Syariah oleh Panel Penasihat Amanie Advisor. Selesai deposit terakhir baru dapat emas. Nak selesai awal boleh dapat emas awal. Akad jual beli emas hanya berlaku ketika emas sampai.

Caranya:

  1. Login di web PG, klik menu, klik order, klik purchase order. Jika tiada PG Code, boleh login sementara dengan daftar di sini. Selepas dapat PG code boleh login di sini.
  2. Isi dinar / 10g. Klik butang Search. Pilih item 1 dinar  / 10 g goldbar BungaMas. Add to cart. Klik troli sebelah atas kanan.
  3. Proceed to next page. Jika nak deposit bulanan pilih Pick up at branch dan pilih Syariah Easy Payment Purchase (Pilih EPP4 atau EPP10). Jika nak bayar sekaligus dan dipos berinsurans tersu ke rumah boleh pilih GIT shipment dan pilih Full Payment.
  4. Tick ‘I Agree’. Klik Proceed to next page. Akan dipapar nombor CSO. Selesai.
  5. Boleh buat bayaran dalam tempoh 4 hari dari tarikh hari ini.
  6. Reply emel ini untuk cara bayaran berikutnya.

Itu sahaja.

Alhamdulillah! Ada PROMOSI DEALER. Sehingga 12 hari Rabu 30.6.2021 seperti berikut:-

1. Normal Dealer (PD)

1.1 Beli RM5,000 akaun GAP (Bayar penuh) atau
1.2 Beli 7 Dinar Local (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau
1.3 Beli 30g BungaMas (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau
1.4 Beli 2kg Silver (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau
1.5 Beli PG Jewel RM3,000 (boleh EPP6) atau
1.6 Beli RM4,200 Set Marvel Fantasy 12pcs (Bayar penuh /EPP4/ EPP10)1.7 Beli 2 X Set Mickey Raya 8 X 1g Goldbar RM2,998 (Bayar penuh /EPP4/ EPP10)1.8 Khas untuk Penjawat Awam dan Pelajar IPT: Beli minima RM2,500 Goldbar / Dinar di PG Gold Museum (Full payment) / Aurora Italia (Boleh EPP6) / Dinar Casing (Boleh EPP6).

+ Wealth Card untuk dapat 1.0% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya.

2. Priority Dealer (PD)

2.1 Beli RM10,000 akaun GAP (bayar penuh) atau
2.2 Beli 14 Dinar Local (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau
2.3 Beli 50g BungaMas (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau
2.4 Beli 3kg Silver (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau
2.5 Beli PG Jewel RM5,000 (boleh EPP6 ) atau
2.6 Beli RM8,400 Set Marvel Fantasy 24pcs (Bayar penuh /EPP4/ EPP10)2.7 Beli 4 X Set Mickey Raya 16 X 1g Goldbar RM5,996 (Bayar penuh /EPP4/ EPP10)2.8 Khas untuk Penjawat Awam dan Pelajar IPT: Beli minima RM5,000 Goldbar / Dinar di PG Gold Museum (Full payment) / Aurora Italia (Boleh EPP6) / Dinar Casing (Boleh EPP6)

+ Wealth Card untuk dapat 1.5% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya. Sebenarnya tiada kos untuk dapat status Dealer dan nikmati insentif 1-1.5%. Hanya beli emas dan emas itu anda yang punya. 

Bagaimana cara nak beli? 

Step 1: Login di web PG Login di web PG, klik menu, klik order, klik purchase order. Jika tiada PG Code, boleh login sementara dengan daftar di sini. Tunggu PG code.

Selepas dapat PG code boleh login di sini. Selepas login boleh klik Menu > Order > Purchase Order dan scroll katalog. Boleh juga klik di link dan ikut panduan yang disediakan berikut:-

  • Klik Menu, Order, Purchase Order dan pilih item yang berkaitan dalam katalog.
  • Add to cart. Klik troli sebelah atas kanan.
  • Proceed to next page. Pilih GIT Shipment jika bayaran FULL PAYMENT / Pilih Pick up at branch jika pilih Syariah Easy Payment Purchase (EPP4 / EPP10).
  • Isi Remarks FBLIVE SYUKOR HASHIM
  • Tick ‘I Agree’. Klik Proceed to next page. Akan dipapar nombor CSO. Selesai.
  • Boleh buat bayaran dalam tempoh 4 hari dari tarikh hari ini.
  • Reply emel ini untuk cara bayaran berikutnya.
  • Jika nak beli Goldbar / Dinar untuk Penjawat Awam atau Pelajar IPT boleh login di PG Mall dengan menggunakan PG code dan Password anda. Sila klik PG Gold Museum atau Aurora Italia seller selepas login di PG Mall.

Step 2: Beli Wealth Card berasingan jika beli secara EPP atau akaun GAP (Jika buat bayaran FULL PAYMENT boleh add sekali dengan order di atas). 

Itu sahaja. Untuk makluman, jika nak dapat status Dealer tanpa promosi perlu modal beli emas yang lebih besar iaitu 200g (sekitar RM51,000) untuk Normal Dealer dan 500g (sekitar RM127,000) untuk Priority Dealer. Memang banyak perbezaan harga!

Lekas ambil peluang yang jarang-jarang ditawarkan ini sebab tempoh promosi tamat pada jam 12 tengahari Rabu 30.6.2021

Semoga bermanfaat.

Simpan Emas Atau Duit Kertas?

Yang mana lebih baik untuk anda simpan? Simpan emas atau simpan duit kertas? Memang saya pun pada mulanya tak faham sebab sejak kecil kita tak pernah didedahkan dengan perbezaan di antara emas dan duit kertas.

Yang saya tahu duit ringgit tu yang paling penting untuk kita simpan. Tak pernah terfikir bahawa duit ringgit itu hanyalah sejenis matawang khas dan hanya bernilai untuk rakyat Malaysia dan tidak di negara lain. Tak pernah terfikir bahawa Ringgit hanyalah sekeping kertas yang dicetak oleh Bank Negara Malaysia dan terdedah kepada kejatuhan nilai pada bila-bila masa.

Lihatlah pada hari ini. Ringgit Malaysia (MYR) telah jatuh nilainya berbanding dengan Dolar Amerika (USD).

Nilai Ringgit Malaysia (MYR) jatuh berbanding Dolar Amerika (USD)
Nilai Ringgit Malaysia (MYR) semakin jatuh berbanding Dolar Amerika (USD) – 20 Januari 2015 (Sumber: XE.com)

Malah pernah satu masa, nilai matawang Ringgit Malaysia pernah jatuh sehingga RM4.00 berbanding 1 Dolar Amerika! Apabila matawang kita jatuh, maka sudah tentu harga barang akan meningkat dan inilah yang dikatakan inflasi.Pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia dan salah satu faktor yang dikenalpasti adalah aktiviti ‘Penyangak Matawang’ iaitu George Soros.

Sebab itu, pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan telah mengikat nilai Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika pada 3.80 sehingga melebihi 10 tahun! Namun matawang Ringgit Malaysia telah dibuka semula kepada pasaran antarabangsa. Pada hari ini nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika telah mencecah 3.61!

Jadi, kita perlu berfikir kembali… adakah dengan menyimpan duit kertas di dalam Tabung Haji atau amanah saham akan menjamin kekayaan hasil penat lelah kita bekerja mendapatkan duit kertas itu? Atau adakah akan sampai masa bila duit kertas yang kita simpan selama bertahun-tahun akhirnya tidak bernilai dan hanya tinggal sebagai kertas sahaja.

Saya tak pasti samada anda faham atau tidak, tapi saya memang dah mula faham dan saya tidak akan bergantung sepenuhnya dengan hanya menyimpan duit dalam Tabung Haji atau amanah saham sahaja, namun, saya mula membeli dan menyimpan emas sebagai satu kaedah ampuh untuk melindungi kekayaan saya setelah penat bekerja. Saya cadang agar anda lihat video di bawah (walaupun dalam Bahasa Inggeris, namun amat berbaloi anda fahami apa yang dibincangkan).

Secara ringkasnya, USD akan hilang kekuatan matawangnya pada satu hari nanti dan nilai semua matawang di dunia pada masa ini bergantung kepada nilai USD. Apabila nilai USD sendiri akan jatuh dan tiada nilai, maka berapakah nilai Ringgit Malaysia pula?

Buatlah kajian nilai emas vs USD atau emas vs RM…anda akan dapati nilai emas secara amnya semakin meningkat berbanding mana-mana matawang di dunia!

Jangan tunggu lama-lama dan berasa was-was kerana masa semakin suntuk jika anda tak membuat keputusan sekarang untuk mula membeli dan menyimpan emas. Pada masa sekarang amatlah mudah untuk anda yang berada di Malaysia dan Singapura untuk beli dan simpan emas. Anda boleh mendapatkan tips di sini.

Akhirnya, seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.