Emas Koleksi Ejen Ali Berketulenan 999 Aurora Italia

Ejen Ali emas koleksi 1 gram Aurora Italia Public Gold.
Edisi Terhad 1g Goldbar Emas Koleksi Ejen Ali oleh Aurora Italia.

Ejen Ali, seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang pada mulanya menjalani kehidupan normal tetapi kemudian secara tidak sengaja direkrut ke M.A.T.A., sebuah agensi rahsia yang mempertahankan bandar Cyberaya daripada bahaya.

Bersama rakan sepasukannya, Alicia dan Bakar, Ali menjalankan misi penting untuk melindungi Cyberaya daripada anasir negatif.

Ciri-ciri emas koleksi 1g Goldbar Edisi Terhad Ejen Ali

  • Emas berketulenan 99.99% (24K).
  • Tidak dikenakan cukai SST.
  • Boleh dikumpul sebagai item koleksi bagi peminat tegar Ejen Ali.
  • Ada nombor siri pada kad menggambarkan Edisi Terhad per 10,000.
  • Jongkong emas 1g unik Aurora Italia dengan pelbagai tema selain daripada perlindungan kekayaan.
  • Terbaik untuk dijadikan sebagai item koleksi atau hadiah bermakna & tidak dapat dilupakan kepada anak-anak, rakan dan keluarga semasa musim perayaan.
  • Item yang sangat baik dan tahan lama.

Bagaimana nak Order 1g Goldbar Ejen Ali ni?

ISTIMEWA KEPADA PEMINAT EMAS KOLEKSI GOLDBAR!

1g Goldbar 24k emas koleksi khas COVID-19 Vaccine akan dilancarkan di PGMall bermula jam 10 pagi 23 September 2021.

Nak sekeping boleh…
Nak dua keping pun boleh…
Nak lima keping lagi jimat!!!

Beli banyak dan hadiahkan kepada yang tersayang. Terhad 10,000 keping sahaja! Ada lebih 0.6 juta pemegang akaun PGMall. Emas koleksi ini tidak akan diulang cetak selepas habis.

Bagaimana nak dapatkannya?

STEP 1: Register di bit.ly/PGMall-Registration

STEP 2: Buka PGMall di apps atau di web. Klik seller Aurora Italia. Klik claim Coupon jika ada.

STEP 3: Tekan item seperti gambar di atas. Add to cart. Tekan Cart (gambar troli), Pilih alamat penghantaran, klik Select Coupon, pilih Coupon yang tersedia untuk diskaun dan teruskan pembayaran menggunakan pelbagai kaedah bayaran seperti FPX, Boost, TnG, GrabPay, Kad Kredit, Mpay dan lain-lain.

STEP 4: Tunggu di rumah dengan senyuman.

Tekan Order Now 

Dapatkan Edisi Terhad 1g Goldbar Ejen Ali di sini sekarang!

Ketahui 7 Jenis Emas 999 Dijadikan Emas Koleksi Terkini

Adakah emas 999 sesuai untuk dijadikan koleksi emas terkini bagi kaum lelaki? Begitulah persoalan yang sering ditanya kerana pada masa ini ramai yang telah ada serba sedikit ilmu berkaitan dengan emas.

Beza emas pelaburan versus emas hiasan
Perbezaan antara emas pelaburan 999 dan emas perhiasan 916.

Saya kira wanita adalah golongan yang sinonim dengan emas. Kalau tak, takkanlah wujud filem “Mami Jarum” satu ketika dahulu kan? Mak-mak dan nenek-moyang kita memang sangat arif tentang nilai emas. Bila ada peluang mereka pastinya menambah koleksi emas sehingga menjadi hobi. Dikumpulnya emas tak kisahlah emas jenis 916 atau emas 999 sehingga berpuluh-puluh jenis yang mungkin mencecah berkilogram beratnya.

Nenek-moyang kita sangat faham bahawa di dalam situasi kecemasan yang perlu wang segera, emas yang mereka simpan boleh digadai atau dipajak bila-bila masa. Kecairan emas adalah sama laju seperti wang tunai.

Namun kebiasaanya, ketulenan emas yang disimpan atau dijadikan koleksi merupakan emas 916. Jika anda sedang mencari emas koleksi terkini, anda sering kali mungkin akan mengikut trend semasa dan mengumpul emas 916. Walhal terdapat perbezaan yang ketara di antara emas 999 berbanding emas 916 seperti ditunjukkan. 

Tahun 2020 telah menjadi tahun yang takkan kita lupakan. Bermula akhir tahun 2019, wabak Covid-19 telah menyerang seluruh dunia dan telah mula merebak ke Malaysia pada tahun 2020 menyebabkan ramai yang terjejas pendapatan malah tak kurang juga yang hilang sama sekali punca pendapatan.

Bagi mereka yang menjadikan simpan emas sebagai kemestian seolah-olah hobi, dalam situasi sukar, pastinya emas itu menjadi ‘talian hayat’ buat mereka. Dianggarkan simpanan emas 999 sebanyak 200g mampu menampung kos sebuah keluarga kecil untuk survive sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan sekiranya mereka hilang punca pendapatan. Jadi mereka akan ada sedikit ‘masa kecederaan’ untuk memulakan bisnes atau mencari pekerjaan lain.

Keseronokan atau hobi menyimpan emas telah menyelamatkan kekayaan penyimpannya. Penyimpan semakin berdisiplin dan kekayaan semakin bertambah!

Coin 1 Dinar Boleh Dijadikan Sebagai Koleksi Emas Pelaburan

Coin 1 dinar Public Gold
Coin 1 dinar Public Gold merupakan syiling emas yang popular dan diterima Ar-Rahnu di seluruh Malaysia. Boleh didapati daripada akaun GAP atau PGMall (klik di sini untuk tahu harga semasa).

Jika ada bajet dalam sekitar RM1,200 (pada tarikh posting ini dipost), boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Coin 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding item yang lebih kecil seperti gold bar 1 gram atau setengah dinar. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram dan setengah dinar biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” yang menyebabkan harganya lebih mahal.

Jika anda berminat untuk dapatkan coin 1 dinar, anda dah tak perlu risau bagaimana nak ambil coin 1 dinar yang anda beli di Public Gold.

Pada masa ini, terdapat servis penghantaran berinsurans ke alamat kediaman anda tanpa perlu susah-payah mencari cawangan terdekat. Ini adalah disebabkan pelanggan Public Gold telah melebihi 650,000 dan bagi mengelakkan kesesakan di branch dan risiko jangkitan wabak Covid-19, Public Gold telah menyediakan servis pos berinsurans terendah di Malaysia. Jika emas yang anda beli tak sampai, Public Gold akan hantar yang baru!

Cuma anda dinasihatkan tidak mendedahkan kepada sesiapa pun kandungan parcel anda. Selepas selesai buat tempahan / bayaran, anda hanya perlu tunggu sahaja pihak courier menghantar SMS atau Whatsapp atau Emel apabila emas akan dihantar pada hari tersebut.

Koleksi Emas Public Gold

Sebagai penyimpan emas, saya bukanlah seorang yang minat untuk kumpul emas koleksi. 

Tapi apabila syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia Public Gold mengeluarkan item yang akan jadi kenangan dan sejarah dalam hidup, rasa rugi kalau tak simpan beberapa keping sebagai kenangan.

Emas koleksi ni biasanya dijual dengan harga yang lebih tinggi. Tapi bila nak gadai di Ar-Rahnu, nilainya sama macam emas lain juga. Design pada kad tu tak memberi nilai tambah bila nak gadai.

Emas 1 gram, tetap 1 gram juga walau apa pun designnya.

Permainan emas koleksi ini tak boleh disamakan dengan emas pelaburan yang lain. Nilainya dianggap mahal hanya bagi peminatnya sahaja.

Macam nombor plat kenderaan.

Ada orang sanggup bayar harga beratus ribu ringgit hanya semata-mata nombor plat sahaja.

Padahal ia hanyalah sekadar nombor!

Orang biasa macam kita tak faham. Tapi bagi peminat nombor plat, lain pula sudut pandang mereka sebagai peminat atau pengumpul emas koleksi terkini.

Walaupun saya bukan peminat emas koleksi, tapi bila keluar design special macam ini, rasa ralat kalau tak simpan walaupun beberapa keping.

Simpanlah beberapa keping sebagai kenangan.

7 Jenis Emas Koleksi Terkini

Berikut merupakan 9 jenis emas 999 dalam bentuk dinar dan gold bar yang mudah didapati di Malaysia dan semakin diminati ramai pengumpul / collectors:

  1. Emas koleksi dinar 999 tempatan setengah dinar, satu dinar, lima dinar dan sepuluh dinar.
  2. Emas koleksi goldbar 999 tempatan BungaMas, Tai Fook dan Klasik.
  3. Emas koleksi edisi terhad karakter animasi seperti Boboiboy dan Disney (keluaran Aurora Italia).
  4. Emas koleksi edisi terhad karakter superhero / villain seperti Marvel (keluaran Aurora Italia).
  5. Emas koleksi edisi terhad siri Masjid / bulan Hijriah / Perayaan (keluaran PG Gold Museum).
  6. Emas koleksi edisi terhad liga bolasepak (keluaran Aurora Italia).
  7. Emas koleksi edisi terhad corak umum (keluaran PG Gold Museum).

Pada masa ini, terdapat emas koleksi terkini Public Gold yang baru dilancarkan: Masjid Hagia Sophia.

Emas koleksi terkini Public Gold Edisi Masjid Hagia Sophia terhad hanya 30,000 keping sahaja. Boleh didapati daripada akaun GAP dan PGMall.
Emas koleksi Public Gold Masjid Hagia Sophia
Caj Gold Premium emas koleksi Public Gold Masjid Hagia Sophia, Turki hanyalah RM20 melalui akaun GAP menggunakan kemudahan Gold-In-Transit (GIT Withdrawal).

Terdapat pelbagai emas koleksi Public Gold yang boleh anda dapatkan dengan caj Gold Premium bermula RM10 hingga RM100 (bergantung kepada edisi emas koleksi). Jika edisi koleksi emas yang dikeluarkan tidak terikat dengan apa-apa kontrak, maka caj Gold Premiumnya sekitar RM10 hingga RM20 sahaja. Manakala jika terdapat kontrak dengan sesuatu jenama esklusif maka caj Gold Premium boleh mencecah sehingga RM100.

Kos pos berinsurans melalui GIT Withdrawal akaun GAP buat masa ini serendah RM10 ( Semenanjung) / RM20 ( Sabah Sarawak).

Jika anda mahu buka akaun GAP dengan belian serendah RM100 untuk dapat 0.3+++ gram emas dan mula keluarkan emas koleksi terkini apabila cukup 2 gram ke atas, anda boleh daftar percuma sekarang di Pendaftaran Akaun GAP.

Semoga bermanfaat.