Di sini saya nak kongsi cara pendaftaran percuma di kedai emas online Public Gold dan tidak perlukan sebarang pembelian emas terlebih dahulu. Pendaftaran boleh dibuat atas nama individu atau pun atas nama syarikat termasuk koperasi dan persatuan.
Maklum saya kalau anda nak daftar sebagai sebuah kedai atau syarikat atau koperasi atau persatuan kerana pendaftaran dilakukan secara manual.
Kelebihan daftar guna nama kedai / syarikat yang berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) ialah anda boleh gunakan dana syarikat untuk membeli emas dengan tujuan sebagai modal bisnes melalui pembiayaan Ar-Rahnu atau modal bagi menjalankan projek yang membawa keuntungan. Selesai projek atau dapat untuk berniaga, anda boleh tebus semula dan dapat emas balik.
Jika nak saya bantu daftarkan, boleh tekan di sini untuk Whatsapp saya. Anda hanya perlu beri butiran seperti berikut:-
1) Nama Penuh :
2) Nombor IC :
3) Email :
4) No Telefon :
5) Bandar terdekat :
Tekan butang Whatsapp untuk beri butiran di atas terus kepada saya Suhaimee Manaf.
Jika nak daftar sendiri, sila teruskan dengan Langkah #1 di bawah. Untuk mendaftar secara percuma, sila ikuti langkah berikut…
Langkah #1 – Mendaftar Secara Percuma
Sila klik di sini untuk paparan borang pendaftaran mendapatkan Login ID Sementara.
NOTA PENTING: Cara nak isi eform pendaftaran percuma untuk dapat akaun PG code:

Seterusnya, tekan atas ID TYPE untuk pilih jenis dokumen pengenalan diri.
Pastikan bin atau binti ditaip penuh sama dengan yang tertera dalam kad pengenalan atau passport anda.
Pilih NEW IC (kalau anda warga negara Malaysia), pilih PASSPORT / FOREIGN ID (kalau anda bukan warga negara Malaysia), pilih ARMY / POLICE ID (kalau anda seorang anggota tentera atau anggota polis).
Isi nombor kad pengenalan tanpa sengkang di ruangan berikutnya. Anda akan dapati tarikh lahir anda (Date of Birth) akan diisi secara automatik. Pastikan tarikh lahir betul dengan mengisi nombor IC yang betul.
Seterusnya isikan alamat emel. Kita digalakkan menggunakan emel akaun Gmail berbanding emel lain. Sekiranya kita mahu daftar ahli keluarga yang tak mempunyai emel, kita boleh letakkan tanda ‘+’ dengan contoh seperti:- namaanda+an**@***il.com.
Tujuan emel berlainan agar mudah untuk reset password nanti.
Pendaftaran percuma hanya berjaya jika kita dapat emel daripada Public Gold. Tekan link dalam emel untuk terus mengaktifkan akaun dengan login guna IC tanpa sengkang di Username dan Password. Kita akan terima TAC melalui Whatsapp dan jikalau gagal melalui SMS.
Pada bahagian bawah borang, kita boleh langgan risalah percuma atau sekiranya anda tidak mahu, anda boleh hentikan langganan risalah tersebut pada bila-bila masa.
Dan akhirnya pada bawah sekali… sila klik butang Submit.
Di ruangan ‘Remark’ ada dinyatakan anak di bawah 18 tahun perlu mendaftar bersama ibu/bapa/penjaga menggunakan Borang Pendaftaran Akaun Junior di sini.
Selepas selesai membuat belian minima RM100 di akaun GAP, kita akan terima PG Code di emel.
Sila hubungi saya untuk dapatkan link PG apps atau kalau tidak berjaya dan ada Error sila screenshot dan whatsapp di sini / emel di su******@***********as.org
Sila hubungi SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN jika anda ingin mendaftar sebagai sebuah syarikat atau koperasi atau persatuan kerana pendaftaran dilakukan secara manual.
Anda boleh juga mendaftar mengikut negara secara percuma di:
- PG Malaysia, Singapura dan Brunei – Daftar Percuma di Public Gold Malaysia, Singapura dan Brunei.
- PG Indonesia – Daftar Percuma di Public Gold Indonesia.
Nota Penting: Sekiranya anda tiada kod PG di ruangan Introducer, sila isikan nombor 047646 dalam ruangan Introducer seperti di bawah atau jika tidak boleh terus klik di sini untuk Pendaftaran Percuma.

Langkah #2 – Baca emel tips dan panduan untuk langkah seterusnya dalam pelaburan emas.
Nota: Anda boleh terus Login di web PG dengan menggunakan IC tanpa sengkang sebagai Username dan Password seperti yang anda isikan tadi. Sila login menggunakan PC atau komputer peribadi untuk membuat tempahan atau pembelian emas Public Gold secara atas talian. Setelah transaksi bayaran dibuat dan pengesahan diterima, anda akan mendapat kod PG melalui emel.
Selepas anda mendapat kod PG barulah anda boleh Login menggunakan PG code dan password yang sama semasa anda daftar.
Sekiranya anda mahu menukar atau terlupa Password (Katalaluan) atau menghadapi masalah tak boleh Login, sila klik ‘Forgot your password?’ seperti yang ditunjukkan di bawah… Anda hanya perlu memasukkan alamat emel anda dan klik butang ‘Submit’. Anda akan menerima emel dari Public Gold dan ikuti arahan emel untuk reset Password anda.

CARA PEMASANGAN APLIKASI PELABURAN EMAS #1 DI SMARTFON ANDA
Selepas anda membuat transaksi bayaran kepada Public Gold yang disahkan, anda akan menerima kod PG melalui emel. Anda boleh mula memasang aplikasi Public Gold di smartfon untuk pembelian secara online melalui platform FPX. Sila gunakan kod PG anda untuk Login serta Password. Terdapat caj transaksi oleh FPX sebanyak RM1-2.
Jika anda sampai ke sini dan masih belum mendaftar, sila daftar percuma untuk dapatkan Login dan Password.
Nota Penting: Sekiranya anda tidak boleh Login menggunakan aplikasi Public Gold, anda dinasihatkan menggunakan Desktop PC untuk pembelian secara online menggunakan platform FPX.
Pengumuman terkini 12 Januari 2022: Aplikasi Public Gold telah dilancarkan! Sila install aplikasi Public Gold sekarang di Playstore dan Appstore. Aplikasi ini hanya setelah anda mempunyai PG code sahaja. Jika masih tiada PG Code boleh daftar di sini sekarang!
PEMASANGAN APLIKASI PUBLIC GOLD
Aplikasi Public Gold sudah dilancarkan. Akaun GSAP dan Public Gold digabungkan dalam satu aplikasi.
Anda boleh pasang aplikasi Public Gold di smartfon anda di:-
Setelah anda install / pasang aplikasi Public Gold di smartfon anda, sila tap pada Login dan anda akan dapati paparan berikut. Isikan Login dan Password seperti yang telah diemel kepada anda…
Kemudian anda akan dapati paparan berikut… Tap pada butang beg di hujung kanan mana-mana jenis emas untuk mulakan tempahan.
Semoga anda dapat manfaat yang banyak apabila anda membuat keputusan untuk mendaftar di Public Gold pada hari ini.
Assalamualaikum tuan…nama sy azuan…sy zero tntang emas ni so sy nk mulakn simpann 1g stiap buln atau 100rgt hga 200 rgt stiap bulan..tp sy xthu nk daftar dmna smada walk in or online..bru 3hr lepas sy jumpa lamn web HELLO GOLD. so sy daftar tp sy blm mulakn sbrang langkh slain dri mndaftr…so apa perlu sy buat utk mmulakn simpann..sy liht public gold harga emas knp mhal hga cecah rm250 utk 1g…maaf krn sy xpndai..sy ada downld apl arrahnu juga skadar nk bndingkn ..tp lg brtambh keliru..nmbr hp sy..018xxxxxxx..mudh2an dgn izin Allah dpt tuan tlg bntu sy..mmulakn langkh prtama n mmbimbing langkah sterusnya..Alhamdulillah n tq tuan..
Wa’alaikumussalam en. Azuan. Harga epmas PG RM250/g ialah harga runcit. Tuan tak perlu secara runcit sebab memang mahal. Tuan boleh beli secara GAP. Saya dah whatsapp tuan. Tq
Assalammualaikum,
Encik sy dh buka online acct. PG tp belum membuat purchase. Soalan sy:
1. Kalau sy purchase product aurora, fizikal item nk collect dimana?
2. Adakah pembelian hanya boleh dibuat melalui tunai (direct online transfer) sahaja atau boleh menggunakan kad kredit?
Harap dpt balas direct email ke su************@***il.com
terima kasih.
Wa’alaikumussalam pn Suraya. Saya beri maklumbalas ke emel puan. Harap maklum. Tq.
Assalamu’alaikum.
Saya berminat pada pelaburan ini.
Wa’alaikumussalam N. Haliza. Untuk kenalpasti posisi puan dalam pelaburan emas, sila klik MULA di link http://pelaburanemas.org/perlu-bantuan/
Assalamualaikum tuan. Saya nak tanya,
1)apa itu emas digital?
2)apa itu dinar dirham?
Wa’alaikumussalam Iffa,
1) Emas digital dikaitkan dengan crytocurrency seperti Bitcoin. Secara asasnya harga emas global dipaparkan dalam nilai Bitcoin. Emasnya kemungkinan besar TIADA dan kita perlu berhati-hati sebelum meletakkan deposit. Sila rujuk Bank Negara Malaysia.
2) Dinar Dirham – mungkin Iffa merujuk kepada web dinardirham.com? Sebelum menceburi pelaburan item ribawi seperti emas dan perak, Iffa dinasihatkan untuk menyemak status syarikat / web / blog di watchlist BNM.
Salam hormat
Jika sekiranya saya ada simpanan emas di public gold dan jika saya memerlukan cash , bolahkah saya jual emas ke public gold dan mendapatkan cash? Dan jika boleh bagsimana PG memberikan cash ? Terima kasih
Tuan boleh jual emas pada bila2 masa dgn login > Order > Buyback > Tick I Agree > Pilih Branch > Pilih item dan ikut langkah seterusnya. Bawa emas ke branch dan bila dah serah PG akan masukkan tunai ke akaun bank tuan dalam 48 jam hari bekerja.