Pentingnya Pelaburan Emas, Perak, Dinar dan Dirham

Mengapa pentingnya pelaburan emas, perak, dinar dan dirham? Sejak akhir-akhir ini, semua negara besar di dunia menambah simpanan emas masing-masing. Sebagai contoh, China telah melipatgandakan pembelian stok emas mereka kepada 60.26 juta ounces (oz) atau 1,708.34 tan metrik dalam bulan Mac 2019!

Jom kita tonton sedutan ceramah Ustaz Zulkifli M Ali LC mengapa pentingnya pelaburan emas berbanding apa yang selama ini semua manusia di dunia tersilap pandang…

Apabila nilai wang kertas Dolar Amerika (USD) menjadi semakin jatuh, tak mustahil nilai semua matawang di dunia akan terkesan dan turut jatuh juga.

Lihatlah sejarah dan nilai duit kertas yang pernah ada di Malaysia khususnya sebelum merdeka.

Menurut sejarah tanah air, pada tahun 1941, Jepun menjajah Tanah Melayu dan memperkenalkan duit kertas (atau lebih dikenali sebagai duit pokok pisang).

Namun, sejak 1943 British melancarkan perang melawan Jepun, nilai duit pokok pisang semakin susut hingga tiada nilai selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Akibatnya, semua yang menyimpan duit pokok pisang Jepun terpaksa buang sahaja duit-duit tersebut.

Ambil iktibar atau pengajaran daripada sejarah negara yang telah berlaku. Dalam keadaan suasana ekonomi dan politik yang sukar diduga, tak mustahil perkara yang sama akan berulang dan berlaku ke atas matawang kita.

Jangan bimbang dan kalut… Masa masih belum terlambat. Ramalan ramai pakar kewangan dunia mengatakan nilai semua matawang dunia akan mula menyusut secara cepat mulai tahun 2020! Wallahu ‘alam.

Jika anda masih belum baca e-book percuma saya mengenai nilai Ringgit Malaysia boleh dapatkannya di sini.

Saya enggan percaya kepada apa jua ramalan. Namun, sejarah dunia telah menunjukkan banyak kejadian matawang kertas milik beberapa negara menjadi tiada nilai! (Klik sini untuk Info lanjut mengenai kejadian pengharaman duit 500 rupee dan 1000 rupee di India).

Anda boleh juga tonton ilmuwan tersohor eskatologi seperti Syeikh Imran Hosein juga kerap memberi peringatan mengenai kelemahan duit kertas yang sedang digunakan di seluruh dunia di sini.

Sejarah akan berulang. Persediaan perlu dilakukan. Tukarkan sebahagian sahaja duit Ringgit yang dibayar kepada kita sebagai gaji kepada bentuk logam berharga yang paling selamat di dunia iaitu EMAS.

Namun, persoalannya adakah cara yang paling mudah untuk pelaburan emas dengan menukarkan pendapatan tunai bulanan kepada emas?

Jawapannya ada…

Alhamdulillah.. kini semua lapisan masyarakat di Malaysia, Singapura dan Indonesia boleh dapatkan emas pelaburan seperti goldbar, dinar dan dirham dengan murah dan mudah.

Hanya isikan nama dan emel anda untuk dapatkan Panduan Miliki Pelaburan Emas Fizikal Secara Terus, Patuh Syariah dan Sah di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Bagi rakyat Malaysia dan Singapura, pada masa ini terdapat kemudahan potongan bulanan serendah RM100 atau SGD100 melalui Standing Instruction menggunakan Internet Banking Maybank2u dengan buka akaun dewasa / kanak-kanak / bayi.

Anda juga boleh membuat potongan bulanan melalui Public Bank, Bank Islam, Bank CIMB atau mana-mana bank. Namun berkemungkinan terdapat caj tambahan. Saya cadangkan guna Maybank sebab tiada caj tambahan berbanding bank lain.

Sila dapatkan panduan tukarkan minima RM100 atau SGD100 kepada emas pelaburan 999.9 dengan cara yang sangat mudah di sini.

Leave a Comment

This will close in 0 seconds