Web Hosting Terbaik Untuk Blog WordPress

Anda tercari web hosting terbaik untuk blog wordpress? Jangan risau, anda boleh dapatkan tips daripada saya.

Sebagai ayah kepada 7 orang anak dan ada kerjaya, saya tiada masa nak cari prospek atau pelanggan dan menerangkan kepentingan menyimpan emas. Tambahan pula, saya bertugas dalam bidang penyelidikan dan premis berada di hujung kampung jauh dari bandar.

Dalam zaman internet dan facebook pada hari ini, anda tak perlu risau. Cara paling senang ialah bina blog dengan cara yang betul.

Sebenarnya saya dah terlibat bina laman web ini sejak 2004 lagi. Namun, seperti biasa, banyak kegagalan yang saya tempuhi. Perkara yang paling penting untuk bina blog yang berjaya ialah – SLOW AND STEADY. Tak perlu tergopoh-gapah. Apa yang penting hanyalah KONSISTEN.

Sejak 2004, saya belajar dari berbagai guru internet antaranya Ken Evoy, George Brown, Anthony Morrison, Russell Brunson dan ramai lagi. Beribu ringgit saya laburkan untuk ilmu bina blog yang berjaya.

Jadi, sekarang, anda tak perlu habiskan beribu ringgit atau hadir kursus bina blog dengan cara yang susah.

Sebagai Introducer, saya akan ajar anda secara PERCUMA! Insya Allah.. cuma anda perlu ada iltizam (commitment) #nevergiveup. Itu sahaja.

Tujuan Bina Blog WordPress

Alhamdulillah sejak November 2014 saya bina Blog www.pelaburanemas.org. Tujuan utama saya adalah untuk membimbing rakyat Malaysia khususnya agar tidak terperangkap dalam skim pelaburan bertopengkan emas.

Walau bagaimanapun, amat menyedihkan sehingga ke hari ini masih lagi kita dikejutkan dengan berita kerugian sehingga berjuta-juta Ringgit kerana terpedaya dengan skim cepat kaya bertopengkan emas.

Disebabkan skim pelaburan bertopengkan emas ini telah berlarutan sejak lama dahulu hingga sekarang dengan berbagai nama dengan modus operandi berbeza, saya harap dapat menyelamatkan ramai bakal-bakal pelabur di luar sana daripada terpedaya dengan janji manis bulan dan bintang.

Pertanyaan: Adakah emas ada dividen seperti ASB atau Tabung Haji?

Jawapan: Tidak ada. Emas tidak ada dividen macam ASB atau Tabung Haji. Tidak ada cara melabur emas dengan beli emas sekali dan dapat keuntungan secara harian atau mingguan atau bulanan.

Kalau ada skim pelaburan emas yang offer ada dividen atau pendapatan bulanan atau tahunan, itu semua skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas.

www.publicgoldofficial.com

Alhamdulillah! Sehingga kini saya telah dapat membimbing hampir 5,000 pelanggan termasuk Dealer / agen emas di Public Gold dengan nilai berjuta-juta setahun. Terima kasih atas kepercayaan anda terhadap Dealership saya.

Bina Bisnes Bila Kita Tak Perlukan Bisnes

Anda sibuk tapi nak bina bisnes jana pendapatan pasif? Jika anda macam saya, sentiasa sibuk pada siang hari, tapi ada masa sejam dua pada malam hari sebelum tidur… Insya Allah, anda boleh dapat pelanggan untuk bisnes part-time anda seperti berikut…

Web hosting terbaik bina wordpress blog

Nak tahu bagaimana?

Untuk berjaya dalam perniagaan Internet, anda perlu ada Traffic sebab Traffic = Money. Tapi Traffic bukan sebarang Traffic yang membuatkan blog anda berjaya. Rahsianya ialah Targeted Traffic percuma dari enjin carian Google. Maksud Targeted Traffic ialah pelanggan yang melayari blog anda ialah mereka yang benar-benar ingin tahu mengenai sesuatu.

Kebanyakkan Traffic datang daripada enjin pencarian seperti Google, Yahoo dan Bing. Okay, saya terus beri contoh, jika anda guna enjin carian terbesar dunia iaitu Google dengan pelbagai katakunci seperti di bawah, anda akan dapati…

Google ranking #1, #2 dan #3 untuk keyword – pelaburan emas.

Muka pertama senarai enjin carian Google ‘pelaburan emas’ – domain name www.pelaburanemas.org mendapat ranking #1, #2 dan #3 tanpa perlu bayar sesen untuk iklan Adwords (seperti yang bertanda Ad)

Google ranking #1 dan #2 untuk keyword – pelaburan emas maybank.

Google ranking #1 dan #2 untuk keyword – pelaburan emas bank islam.

dan banyak keyword lain berkaitan pelaburan emas.

Rahsia Web Hosting Terbaik

Rahsianya ialah saya guna web hosting terbaik untuk blog wordpress www.pelaburanemas.org. Saya mulakan blog wordpress anda dengan domain name percuma dengan menggunakan web hosting ini.

Selepas anda dah buat pembayaran… sila Hubungi Saya untuk tips seterusnya.

Semoga anda berjaya membina blog wordpress dengan cara yang menjimatkan dan dapat ranking pada muka pertama enjin carian Google.

Download E-Book 5 Minit Emas Bernilai RM99 Secara Percuma!


Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan yang amat PENTING elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas.

This will close in 0 seconds