Di sini saya nak kongsi cara pendaftaran percuma di kedai emas online Public Gold dan tidak perlukan sebarang pembelian emas terlebih dahulu. Pendaftaran boleh dibuat atas nama individu atau pun atas nama syarikat termasuk koperasi dan persatuan.
Maklum saya kalau anda nak daftar sebagai sebuah kedai atau syarikat atau koperasi atau persatuan kerana pendaftaran dilakukan secara manual.
Kelebihan daftar guna nama kedai / syarikat yang berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) ialah anda boleh gunakan dana syarikat untuk membeli emas dengan tujuan sebagai modal bisnes melalui pembiayaan Ar-Rahnu atau modal bagi menjalankan projek yang membawa keuntungan. Selesai projek atau dapat untuk berniaga, anda boleh tebus semula dan dapat emas balik.
Jika nak saya bantu daftarkan, boleh tekan di sini untuk Whatsapp saya. Anda hanya perlu beri butiran seperti berikut:-
1) Nama Penuh :
2) Nombor IC :
3) Email :
4) No Telefon :
5) Bandar terdekat :
Tekan butang Whatsapp untuk beri butiran di atas terus kepada saya Suhaimee Manaf.
Jika nak daftar sendiri, sila teruskan dengan Langkah #1 di bawah. Untuk mendaftar secara percuma, sila ikuti langkah berikut…
Langkah #1 – Mendaftar Secara Percuma
Sila klik di sini untuk paparan borang pendaftaran mendapatkan Login ID Sementara.
NOTA PENTING: Cara nak isi eform pendaftaran percuma untuk dapat akaun PG code:
Di ruangan ‘Remark’ ada dinyatakan anak di bawah 18 tahun perlu mendaftar bersama ibu/bapa/penjaga menggunakan Borang Pendaftaran Akaun Junior di sini.
Pastikan bin atau binti ditaip penuh sama dengan yang tertera dalam kad pengenalan atau passport anda.
Seterusnya, tekan atas ID TYPE untuk pilih jenis dokumen pengenalan diri.
Pilih NEW IC (kalau anda warga negara Malaysia), pilih PASSPORT / FOREIGN ID (kalau anda bukan warga negara Malaysia), pilih ARMY / POLICE ID (kalau anda seorang anggota tentera atau anggota polis).
Isi nombor kad pengenalan tanpa sengkang di ruangan berikutnya. Anda akan dapati tarikh lahir anda (Date of Birth) akan diisi secara automatik. Pastikan tarikh lahir betul dengan mengisi nombor IC yang betul.
Seterusnya isikan alamat emel. Kita digalakkan menggunakan emel akaun Gmail berbanding emel lain. Sekiranya kita mahu daftar ahli keluarga yang tak mempunyai emel, kita boleh letakkan tanda ‘+’ dengan contoh seperti:- namaanda+ an**@gm***.com .
Tujuan emel berlainan agar mudah untuk reset password nanti.
Pendaftaran percuma hanya berjaya jika kita dapat emel daripada Public Gold. Tekan link dalam emel untuk terus mengaktifkan akaun dengan login guna IC tanpa sengkang di Username dan Password. Kita akan terima TAC melalui SMS dan emel untuk login.
Pada bahagian bawah borang, kita boleh langgan risalah percuma atau sekiranya anda tidak mahu, anda boleh hentikan langganan risalah tersebut pada bila-bila masa.
Dan akhirnya pada bawah sekali… sila klik butang Submit.
Selepas selesai membuat belian minima RM100 di akaun GAP, kita akan terima PG Code di emel.
Sila hubungi saya untuk dapatkan link PG apps atau kalau tidak berjaya dan ada Error sila screenshot dan whatsapp di sini / emel di su******@pe***********.org
Sila hubungi SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN jika anda ingin mendaftar sebagai sebuah syarikat atau koperasi atau persatuan kerana pendaftaran dilakukan secara manual.
Anda boleh juga mendaftar mengikut negara secara percuma di:
- PG Malaysia, Singapura dan Brunei – Daftar Percuma di Public Gold Malaysia, Singapura dan Brunei.
- PG Indonesia – Daftar Percuma di Public Gold Indonesia.
Nota Penting: Sekiranya anda tiada kod PG di ruangan Introducer, sila isikan nombor 047646 dalam ruangan Introducer seperti di bawah atau jika tidak boleh terus klik di sini untuk Pendaftaran Percuma.
Langkah #2 – Baca emel tips dan panduan untuk langkah seterusnya dalam pelaburan emas.
Nota: Anda boleh terus Login di web PG dengan menggunakan IC tanpa sengkang sebagai Username dan Password seperti yang anda isikan tadi. Sila login menggunakan PC atau komputer peribadi untuk membuat tempahan atau pembelian emas Public Gold secara atas talian. Setelah transaksi bayaran dibuat dan pengesahan diterima, anda akan mendapat kod PG melalui emel.
Selepas anda mendapat kod PG barulah anda boleh Login menggunakan PG code dan password yang sama semasa anda daftar.
Sekiranya anda mahu menukar atau terlupa Password (Katalaluan) atau menghadapi masalah tak boleh Login, sila klik ‘Forgot your password?’ seperti yang ditunjukkan di bawah… Anda hanya perlu memasukkan alamat emel anda dan klik butang ‘Submit’. Anda akan menerima emel dari Public Gold dan ikuti arahan emel untuk reset Password anda.
CARA PEMASANGAN APLIKASI PELABURAN EMAS #1 DI SMARTFON ANDA
Selepas anda membuat transaksi bayaran kepada Public Gold yang disahkan, anda akan menerima kod PG melalui emel. Anda boleh mula memasang aplikasi Public Gold di smartfon untuk pembelian secara online melalui platform FPX. Sila gunakan kod PG anda untuk Login serta Password. Terdapat caj transaksi oleh FPX sebanyak RM1-2.
Jika anda sampai ke sini dan masih belum mendaftar, sila daftar percuma untuk dapatkan Login dan Password.
Nota Penting: Sekiranya anda tidak boleh Login menggunakan aplikasi Public Gold, anda dinasihatkan menggunakan Desktop PC untuk pembelian secara online menggunakan platform FPX.
Pengumuman terkini 12 Januari 2022: Aplikasi Public Gold telah dilancarkan! Sila install aplikasi Public Gold sekarang di Playstore dan Appstore. Aplikasi ini hanya setelah anda mempunyai PG code sahaja. Jika masih tiada PG Code boleh daftar di sini sekarang!
PEMASANGAN APLIKASI PUBLIC GOLD
Aplikasi Public Gold sudah dilancarkan. Akaun GSAP dan Public Gold digabungkan dalam satu aplikasi.
Anda boleh pasang aplikasi Public Gold di smartfon anda di:-
Setelah anda install / pasang aplikasi Public Gold di smartfon anda, sila tap pada Login dan anda akan dapati paparan berikut. Isikan Login dan Password seperti yang telah diemel kepada anda…
Kemudian anda akan dapati paparan berikut… Tap pada butang beg di hujung kanan mana-mana jenis emas untuk mulakan tempahan.
Semoga anda dapat manfaat yang banyak apabila anda membuat keputusan untuk mendaftar di Public Gold pada hari ini.
Assalamualaikum. Pelaburan Emas Public Gold itu oleh Maybank atau Public Bank?
Pelaburan emas Public Gold diurus oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. Jual beli emas pelaburan boleh dilakukan melalui akaun Maybank atau akaun Public Bank.
salam en suhaimi
saya telah mendaftar seperti yang diajar tetapi ada kesilapan di bahagian preffered branch, bolehkah saya edit information selepas mendapat PG code?
Wksalam pn. Juli Maizura.
Terima kasih atas pendaftaran puan. Ya puan boleh ubah dan pilih preferred branch masa pembelian mana-mana emas pelaburan seterusnya dapat PG Code.